Malaysia Dateline

Pengundi muda jangan sia-siakan peluang mengundi kali pertama PRN Johor

Pengundi muda yang pertama kali mengundi dalam pilihan raya negeri (PRN) Johor Mac ini disarankan supaya tidak mensia-siakan peluang pertama kali mengundi bulan hadapan.

Menurut Timbalan Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu Pulau Pinang, Abdullah Mohamed Nor, peluang julung-julung kali ini harus dimanfaatkan oleh golongan tersebut.

“Ini peluang yang amat baik bagi pengundi muda yang pertama kali mengundi dalam. pilihan raya. Mereka seharusnya melihat perkembangan semasa dalam negeri Johor dan juga negara sebelum. membuat sebarang keputusan.

“Jadikan peluang mengundi kali ini bagi memastikan masa depan mereka dapat dibela dan terjamin termasuklah peluang pekerjaan dan pengangguran yang berlaku.

“Pengundi muda boleh menggunakan peluang pertama kali mengundi bagi memastikan bukan setakat memberi mandat semata-mata, sebaliknya pastikan tempoh 5 tahun yang akan datang adalah suatu nikmat yang akan mereka kecapi hasil pilihan kerajaan baru kali ini,” ujar beliau ketika dihubungi.

Pengundi muda jangan sia-siakan peluang mengundi kali pertama PRN Johor
Timbalan Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu Pulau Pinang, Abdullah Mohamed Nor,

PRN Johor yang pertama membenarkan pemilih dalam kalangan umur 18 hingga 20 tahun untuk menjadi pengundi selepas diwartakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 14 Januari lalu.

PRN Johor bakal menyaksikan detik bersejarah apabila anak muda berumur 18, 19 dan 20 tahun buat kali pertamanya dibenarkan untuk menjadi pengundi dalam sistem demokrasi negara.