Malaysia Dateline

Pengundi Padang Serai jangan terpedaya dakyah jahat PN

Rakyat khususnya pengundi di Parlimen Padang Serai diingatkan supaya tidak terpengaruh dengan dakyah jahat dan tidak masuk akal pimpinan Perikatan Nasional (PN). 

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) negeri Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkata, pelbagai usaha yang sedang dilakukan oleh pimpinan PN termasuklah dakwaan Kerajaan Perpaduan yang diterajui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya sementara merupakan satu fitnah yang tidak harus dipercayai. 

“Usaha PN untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan sedia ada akan menyebabkan berlakunya berantakan yang tidak memberi manfaat kepada rakyat dan juga negara. 

“Gerakan Tropicana yang direncanakan mereka adalah gerakan buruk yang boleh mensabotaj ekonomi negara dan ia amat memalukan kerana kerajaan yang dipilih oleh Yang di-Pertuan Agong sepatutnya diberi peluang membuktikan kemampuan sehingga tamat tempoh sepenggal sebelum membuat pilihan yang baru. 

“Polis Diraja Malaysia juga perlu segera menyiasat laporan-laporan polis yang telah dibuat baru-baru ini melibatkan pelbagai dakwaan pimpinan PN serta Pas semasa kempen pilihan raya umum baru-baru ini yang menghasut dan memainkan sentimen agama dan kaum bagi meraih sokongan,” ujar beliau ketika menyampaikan ucapan di Taman Selasih, Kulim bersama calon PH Parlimen Padang Serai malam tadi. 

Tambahnya lagi, sekiranya PM bersekongkol dengan Israel seperti mana dakwaan PN, ia adalah salah kenapa pimpinan Hamas yang memperjuangkan Palestin turut menyampaikan ucapan tahniah atas pelantikan Anwar sebagai PM ke 10.

Sehubungan itu tegas beliau, PN wajib ditolak dan tidak wajar diberi sedikit pun sokongan mahu pun undi di Parlimen Padang Serai pada 7 Disember yang akan datang. 

Baca juga: Pekerja J&T bawa lari lebih RM150,000 duit syarikat, sempat beli rumah sebiji

Baca juga: Mahu elak bertembung dengan kereta, remaja tercampak dari motosikal sebelum jatuh jejambat tinggi 30 meter