Malaysia Dateline

Pengundi PRK Kimanis dinasihatkan keluar awal

Menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis Sabtu ini, pengundi di parlimen itu dinasihatkan agar tidak memilih untuk keluar menunaikan tanggungjawab mereka di saat-saat akhir.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun berkata, para pengundi dinasihatkan agar merancang dan keluar awal pagi walaupun waktu mengundi ditetapkan dari jam 7.30 pagi hingga 5 petang.

“Bagi pengundi yang telah menerima Kad Pengundi (Voter’s Card) atau yang telah mengetahui maklumat pengundian, mereka boleh terus ke saluran mengundi dan tidak perlu lagi membuat semakan di barung semakan SPR.

“Manakala, bagi pengundi yang tidak menerima Voter’s Card kerana kemungkinan telah berpindah atau belum mengetahui maklumat pengundian, mereka disaran agar membuat semakan lebih awal sebelum hari mengundi.

“Pengundi diingatkan supaya membawa kad pengenalan dan Voter’s Card atau catatan maklumat pengundian serta menunjukkannya kepada Kerani Pengundian Pertama (KP1) di saluran.

“Kad Pengundi dan catatan maklumat pengundian itu akan memudahkan KP1 untuk membuat semakan nama pengundi serta membantu kelancaran proses pengundian pada hari mengundi,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Semakan awal boleh dibuat menerusi beberapa cara iaitu melalui portal semakan daftar pemilih https://pengundi.spr.gov.my;

b) Aplikasi MySPR Semak;

c) Hotline SPR di talian 03-8892 7018; atau

d) SMS ke 15888 (taip SPR<jarak>SEMAK<jarak>NO. KAD PENGENALAN