Pengundi tak semak status lokaliti punca gagal mengundi

Pengundi tak semak status lokaliti punca gagal mengundi

Pengarah Pilihan Raya Amanah Perak Ahmad Adli Abdullah mendakwa beberapa pengundi di Jalan Kangsar yang tidak dibenarkan mengundi di kawasan itu tidak membuat semakan status pengundian lebih awal.

Beliau berkata, maklumat berhubung status pengundian itu telah dikeluarkan pada 29 April lepas dibawah pewartaan perubahan lokaliti.

Katanya, perkara itu juga telah diperincikan kepada setiap parti yang bertanding pada 6 Mei hingga 12 Mei lepas bagi membantu setiap pengundi yang mengalami masalah berkenaan.

“Yang sebenarnya mereka (pengundi) tak semak status. Kita dah maklumkan ia dari awal lagi. Kita juga telah letakkan maklumat berhubung perkara itu di pejabat daerah dan secara online.

“Kita juga dah panjangkan perkara ini kepada parti bertanding supaya kalau ia terjadi mereka perlu bantu untuk memudahkan cara,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya berharap perkara itu tidak lagi dipersoalkan dan setiap pengundi seharusnya mengetahui tentang lokasi pengundian sebelum membuang undi.

“Kita sudah lakukan perkara yang sepatutnya dan tidak timbul isu pun berkaitannya. Paling penting, pengundi perlu tahu status tentang pengundian,” katanya.

Sebelum ini, Pengarah Pilihan Raya Amanah, Dr Hatta Ramli mendakwa beberapa pengundi tersebut tidak dibenarkan mengundi di Jalan Kangsar.

Perkara tersebut telah diadukan kepadanya dan beliau akan meminta SPR untuk menjelaskannya.

COMMENTS

Wordpress (0)