Malaysia Dateline

Pengundi tidak keluar undi bimbang Covid-19, kata MB Johor

Kebimbangan terhadap Covid-19 telah menyebabkan pengundi tidak begitu bersemangat untuk mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini, kata Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad

“Kita mendapati bahawa ramai pengundi golongan dewasa mungkin (tidak keluar mengundi) atas sebab bimbang jangkitan Covid-19.

“Mereka tidak begitu ghairah untuk keluar mengundi dan ini adalah dalam kalangan semua kaum Melayu, Cina, India. Warga tua tidak begitu ramai yang keluar mengundi mungkin atas sebab kesihatan,” katanya.

Pengundi tidak keluar undi bimbang Covid-19, kata MB Johor
Peratusan keluar mengundi merosot

Calon Barisan Nasional berkata demikian selepas mengundi di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Raja, Pekan Nanas, hari ini lapor Bernama.

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut itu tiba di sekolah berkenaan pada 4.05 petang dan selesai mengundi 15 minit selepas itu.

Hari ini kadar hanya 50 peratus yang keluar mengundi pada PRN Johor setakat 4 petang tadi berbanding sasaran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini 70 peratus yang akan keluar mengundi.

Ini berkemungkinan disebabkan kebimbangan pengundi terhadap penularan jangkitan Covid-19.