Pengundi tidak sepatutnya beratur lama di barung SPR, saluran undi, kata Kanun

Pengundi tidak sepatutnya  beratur lama di barung SPR, saluran undi, kata Kanun

Ketua Bilik Operasi PRU14 Kanun, Parti AMANAH Negara (AMANAH) Dr Dzulqarnain Lukman berkata, berlaku kesesakan di luar jangkaan apabila orang ramai yang hadir ke pusat mengundipada waktu puncak setelah pusat undi dibuka pagi ini.

Kanun menerima banyak aduan bahawa pengundi terpaksa terpaksa beratur berjam-jam semata-mata untuk mengambil slip pengundi di Barung SPR.

“Kanun menegaskan bahawa pengundi tidak perlu beratur sedemikian jika telah mengetahui nombor saluran mengundi dan nombor bilangan dalam buku daftar pemilih.

“Kanun menegaskan bahawa Barung SPR yang diwujudkan di bawah Seksyen 26A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 adalah sekadar untuk pengundi mengetahui nombor pilihan rayanya sahaja dan bukan menjadi tempat SPR mengumpulkan statistik bilangan orang yang telah keluar mengundi.

Kamal Kassim

“Kanun menyeru pengundi untuk bertegas dalam hal ini dan tidak perlu mengikut arahan SPR yang bertentangan dengan undang-undang. Larangan sedemikian adalah bertentangan dengan Per. 15(1) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981.

“Mana-mana orang yang dihalang tersebut hendaklah membuat laporan polis ke atas pegawai SPR yang membuat halangan sedemikian dengan mengambil nama pegawai SPR tersebut dan menuliskan namanya dalam laporan polis itu,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Salah seorang pengundi yang ditemui Kamal Kasim,50,  melahirkan rungutan apabila terpaksa  beratur  lama lebih dua jam  dan setengah jam lagi untuk membuang undi di saluran  2 di Sekolah Kebangsaan Kuala Kubu Baru di Selangor hari ini.

“Saya tiba jam 9. 30 pagi tadi  dan  jam 12 .00 baru  berada di hadapan pintu saluran 2 , SPR tak efisien,” ujarnya yang mengundi bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor.

 

 

 

9.0
OVERALL SCORE
: 9.0
Have no any user vote