Malaysia Dateline

Pengundian RMB Johor sistematik, telus dan adil

Kerajaan Negeri Johor hari ini mengamalkan sistem undian bagi menggambarkan ketelusan serta keadilan dalam memberikan Rumah Mampu Biaya (RMB) di negeri ini.

Menurut Exco Perumahan, Komunikasi dan Multimedia, Dr. Dzulkefly Ahmad (gambar atas) berkata sebanyak 119 unit RMB C yang berharga RM 150,000 di kawasan Kulai telah diberikan kepada penerima dari segi undian.

Ketika memberi ucapan di program Majlis Pengundian Terbuka RMB C Taman Scientex Kulai 2 berkata, undian terbuka tersebut perlu diteruskan kerana ianya suatu inisiatif yang sistematik, telus dan adil serta beliau percaya perkara ini akan memberikan manfaat kepada golongan B40 dan M40 yang memerlukan rumah.

“Sistem undian ini membolehkan orang awam dapat melihat sendiri proses pengagihan serta kaedah undi dilaksanakan. Kalau dulu pengagihan ini dilakukan melalui parti-parti politik seperti Kouta Menegakkan Kerajaan (KMK) dan kita telah memansuhkan kouta itu kerana dilihat ianya tidak telus serta terdedah dengan korupsi.

“Bermula 1 Ogos 2018 yang lalu kerajaan telah memperkenalkan permohonan perumahan rakyat Johor yang mana kita telah mengubah proses dengan pemilihan berdasarkan lokasi sedangkan lokasi yang dipilih tidak ada projek RMB dengan kita menawarkan kepada pemohon terhadap projek yang sedang berjalan.

Dzulkefly (dua dari kanan) membuat undian sambil diperhatikan oleh Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching (dua dari kiri).

“Seluas 48.40 ekar yang dilengkapi dengan kemudaha pasaraya Tesco dan berhampiran dengan lebuhraya utara selatan yang berkeluasan seunit 1000 kaki persegi dan mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik air,” ucapnya.

Dalam pada itu beliau berkata, seramai 678 pemohon yang layak dan seramai 52 orang pemohon yang gagal mendaftar diri untuk undian hari ini.

Katanya lagi yang juga Adun Kota Iskandar, nisbah untuk pemilikkan seunit rumah adalah seramai 6 orang pemohon yang akan disaring melalui undian.

“Sebanyak 72 unit untuk kouta awam Melayu, 30 unit untuk kouta awam Cina dan 12 unit untuk kouta India,” katanya.

Tambahnya, memandangkan permintaan yang tinggi pihak kerajaan telah meluluskan untuk peringkat ketiga bagaimana RMB ini ditawarkan kepada rakyat adalah dengan pembangunan RMB di atas tanah-tanah kerajaan negeri.

“Sebanyak 5 tanah kerajaan negeri akan dibangunkan dan salah satunya berada di Kulai yang sudah diluluskan untuk projek seterusnya dengan seratus peratus RMB secara ‘landed’. Siapa yang tidak terpilih hari ini akan mendapat peluang seterusnya untuk RMB di tempat yang baharu tersebut,” katanya lagi.

Sehubungan dengan itu, beliau menyatakan bahawa kerajaan hari ini akan berusaha dengan bersungguh bagi membantu rakyat yang memerlukan RMB di negeri ini.