Isu kekurangan tempat letak kenderaan khususnya di kawasan tengah bandar sering diutarakan rakyat namun belum menemui titik noktah.
Pemilihan tempat parkir bagi penganjuran aktiviti perniagaan seperti pasar malam juga menjadi salah satu penyumbang kepada permasalahan ini.
Bayangkan, di manakah pengunjung boleh meletakkan kenderaan mereka sekiranya hak itu telah diberi kepada peniaga.
Lebih memburukkan keadaan, kakitangan kerajaan yang terlampau ‘ringan tulang’ menyaman pemilik kenderaan tanpa belas kasihan.
Baru-baru ini, Pemangku Ketua Cawangan IM3 Umno, Agus Md Idris telah meluahkan rasa tidak puas hatinya di laman sosial media Facebook.
Sebagai penduduk bandar Kuantan, Idris merasa tidak senang dengan tindakan pihak berkuasa meluluskan aktiviti perniagaan di tempat parkir.
Hal ini kerana apabila berlakunya kekurangan tempat meletak kenderaan, pemandu terpaksa memarkir di kawasan yang tidak dibenarkan.
Kesannya, kenderaan mereka ditampal dengan surat saman yang mencecah ratusan ringgit walaupun di hari minggu.
“Hari ini ahad bandar Kuantan ada berapa acara. Pasar tani depan UTC, acara bundle karat dekat lorong pokok ceri.
Malam pula orang niaga kat taman kerang. Semua dia bagi permit atas tapak parking, TAPAK PARKING!.
“Lepastu pengungjung tak cukup parkir, gi parkir merata dia mari anto (hantar) bala tentera saman,” katanya.
Luahan Idris ini tidak bermaksud untuk menyalahkan peniaga melainkan bagi menyeru pihak berkuasa mencari jalan keluar.
Bava juga: Buaya hantar mayat mangsa lemas, netizen anggap binatang lagi berperikemanusiaan
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio