Pengurangan 10.9 peratus peruntukan Kementerian Pertahanan akan susun perbelanjaan

Pengurangan 10.9 peratus peruntukan Kementerian Pertahanan akan susun perbelanjaan
Mohamad Sabu dan Panglima ATM Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin dikerumuni media.

Menteri Pertahanan  Mohamad Sabu berkata kementeriannya akan menyusun semula perbelanjaan di kementerian itu selepas memperoleh peruntukan kurang 10.19 peratus dalam Belanjawan 2019 yang diumumkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng semalam.

“Memang pada bajet 2019 kali ini ada sedikit pengurangan lebih kurang 10 peratus tetapi bahagian emolumen dan sebagainya tidak ada terjejas langsung,” ujarnya dalam kenyataan.

Justeru beliau berkata di pihak kementerian akan menyusun semula perbelanjaan mengurus mengikut keutamaan.

“Kita akan mencari jalan bagaimana dengan menggunakan jumlah itu untuk bergerak dan meletakkan ATM dalam keadaan kesiapsiagaan yang baik serta yang paling tinggi,” katanya.

Dalam kenyataan dipetik itu berkata, belanjawan kali ini juga memberi penghargaan kepada tentera dan veteran.

“Ini kerana peruntukan bagi veteran bertambah lebih kurang RM20 juta daripada tahun lalu.” ujarnya lagi.

Dalam Belanjawan 2019 kerajaan baharu Pakatan Harapan. sebanyak RM13.92 bilion telah diperuntukkan kepada Kementerian Pertahanan Malaysia dalam Belanjawan 2019 kali ini yang dibentangkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng semalam.

Ia merangkumi RM3.65 bilion Perbelanjaan Pembangunan dan RM10.27 bilion Perbelanjaan Mengurus. Jumlah ini merupakan pengurangan sebanyak RM1.58 billion atau 10.19 peratus berbanding peruntukan 2018 iaitu sebanyak RM15.5 billion.

Daripada RM13.92 bilion, sejumlah RM10.27 bilion adalah di bawah Perbelanjaan Mengurus manakala Perbelanjaan Pembangunan adalah sebanyak RM3.65 bilion.