Malaysia Dateline

Pengurangan subsidi bil elektrik dan penguatkuasaan kes curi pasir

Alhamdulillah, di Parlimen hari ini baru sahaja berpeluang bahas belanjawan peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.

Dengan hanya diberi lima minit, Alhamdulillah saya dapat bangkitkan dua isu.

Pertama, isu pengurangan subsidi bil elektrik. Saya tanya adakah Gomen Tebuk Atap telah buat kajian mendalam tentang kesan kepada keputusan depa bersetuju nak kurangkan subsidi elektrik tersebut sedangkan:

– rakyat di bawah masih sedang dalam kesengsaraan dan keperitan hidup akibat /kesan pandemik Covid-19, dan

– rakyat juga dibebani pula dengan isu kenaikan harga barang yg sedang berlaku la ni.

Saya habaq dalam keadaan rakyat makin sengsara dari hari ke hari, YAB PM Tebuk Atap pula sibuk pi belanja wang rakyat lantik penasihat khas bertaraf menteri, adakah pengurangan subsidi ini boleh dijustifikasikan?

Kedua, saya bangkit tentang isu kecurian pasir yang dikatakan didalangi oleh para samseng yang menyukarkan kerja-kerja penguatkuasaan undang-undang.

Saya juga bangkitkan isu masalah ketiadaan penyelarasan undang-undang yang melumpuhkan kerja-kerja penguatkuasaan kes curi pasir.

Saya juga tanya berapa banyak pendapatan dalam bentuk kehilangan bayaran royalti Gomen rugi akibat isu kecurian pasir yang dikatakan berlaku di Melaka berikutan dikatakan wujudnya isu “under declaration” dan juga kegagalan membayar royalti pasir kepada gomen hingga dikatakan ada dakwaan isu membakar dokumen bagi “menghapuskan” bahan bukti!