Pengurus Manchester United Jose Mourinho dipecat

Pengurus Manchester United Jose Mourinho dipecat
Foto: Skysport.com

Pengurus  Manchester United, Jose Mourinho telah dipecat daripada kelab itu selepas mengendali pasukan tersebut selama dua tahun setengah, lapor BBC.

Kelab tersebut dalam satu kenyataan memaklumkan, seorang penjaga akan dilantik sehingga akhir musim ini, sementara kelab itu menjalankan proses pencarian menyeluruh untuk pengurus baharu bagi Manchester United.

Musim ini, skuad The Red Devils di bawah bimbingan Mourinho menyamai rekod paling buruk pernah dicatat kelab itu, dengan hanya 10 mata daripada tujuh perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris apabila tewas 3-1 kepada West Ham minggu lepas.

Mourinho juga kerap kali mengkritik pemainnya, terutama sekali pemain tengah Perancis dan pemenang Piala Dunia, Paul Pogba, yang turut menyaksikan pengendali Portugal itu menarik balik tugasnya sebagai pembantu ketua pasukan.

Sejak pra-musim lagi, Mourinho dilihat mempunyai masalah dengan pengurusan kelab, namun masih mendapat majoriti sokongan penyokong tegar the Red Devils.