Pengurusan tertinggi MAS bertemu Mat Sabu

Pengurusan tertinggi MAS bertemu Mat Sabu
Mohamad Sabu (kanan) bersama kepemimpinan Malaysia Airlines Berhad yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Izham Ismail (dua dari kiri) yang hadir di pejabat Kementerian Pertahanan, pada Rabu. Foto twitter Mohamad Sabu

Susulan  kekesalan Menrteri Pertahanan Mohamad Sabu  terhadap kelewatan pesawat Malaysia Airlines Berhad (Malaysia Airlines) untuk berlepas ke London sebelum ini, pada Rabu beliau mengadakan pertemuan dengan kepemimpinan tertinggi syarikat penerbangan negara itu.

Menurut akaun Twitter rasmi Mohamad, pertemuan diadakan di pejabat Kementerian Pertahanan  yang disertai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines, Izham Ismail.

Meskipun kenyataan menteri itu beberapa hari lalu terhadap Malaysia Airlines dilihat sebagai satu teguran keras, namun Mohamad menjelaskan pertemuan yang diadakan berjalan dengan baik.

“Pertemuan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines Berhad, Izham Ismail dan kepimpinan syarikat penerbangan negara itu di Kementerian Pertahanan hari ini.

“Pertemuan berjalan dengan baik. Kami berbincang tentang bagaimana kerjasama antara Kementerian Pertahanan dan Malaysia Airlines Berhad boleh dipertingkatkan pada masa akan datang,” kata beliau dalam akaun media sosialnya pada Rabu.

Pada Isnin lalu, Pejabat Menteri Pertahanan menzahirkan rasa kesal dengan Malaysia Airlines apabila kelewatan pesawatnya berlepas lebih dua jam telah membuatkan Mohamad terlepas temu janji penting dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di London, United Kingdom (UK) pada 16 Jun lalu.

Bagaimanapun semalam, Mohamad berkata isu melibatkan kekesalannya itu tidak perlu diperbesarkan dan dianggap sudah selesai.

Sambil menyifatkan Malaysia Airlines sentiasa dihati, beliau berkata, perkara itu telah selesai dengan baik dan syarikat tidak perlu membuat permohonan maaf