Siapa sangka, seorang pengusaha kantin berusia 60 tahun tergamak mencabul kehormatan murid perempuan dari sebuah sekolah rendah di lokasi yang sepatutnya menjadi kawasan selamat untuk kanak-kanak.
Lebih mengejutkan, kejadian tersebut bukannya berlaku di luar negara sebaliknya di sebuah institusi pendidikan di Malaysia sebelum didedahkan oleh seorang wanita dipercayai anggota polis di platform Facebook.
Menurut wanita terbabit, kejadian berlaku ketika mangsa baru sahaja memulakan sesi persekolahannya sebagai murid Darjah Satu selama dua minggu di lokasi kejadian sebelum ibunya menyedari ada sesuatu yang tidak kena.
Ibu mangsa dikatakan merasa hairan apabila kanak-kanak berusia tujuh tahun berkenaan membawa pulang wang berjumlah RM12 ke rumah sedangkan mangsa hanya diberikan duit belanja sebanyak RM7.
“Kisah sadis hari ini. Macam biasa, rutin harian. Datang ke pejabat nak masukkan data. Ada satu kes kanak-kanak perempuan tujuh tahun yang baru dua minggu masuk ke sekolah telah dicabul pengusaha kantin berusia 60 tahun.
“Allahhu. Macam mana kantoi ? Balik sekolah itu seperti biasa, ibu mangsa bertanyakan baki duit belanja sekolah. Selalunya ibu mangsa berikan wang RM7. Tiba-tiba di hari kejadian, mangsa serahkan duit RM12.
“Ibu mangsa tanya macam mana dapat duit? Si mangsa yang polos dan naif ini beritahu ‘Atok kantin’ berikan. Dia cerita Atok ini bawa masuk tandas, kunci pintu dan cium. Kemudian masukkan jadi di kemaluannya,” kongsinya.
Lebih memburukkan keadaan, pengusaha kantin terbabit tidak berhenti di situ malah turut bertindak menunjukkan kemaluannya kepada kanak-kanak malang itu sebelum memberikan wang sebanyak RM12.
Keadaan menjadi lebih menyayat hati apabila sang ibu menemui kesan darah pada seluar dalam mangsa ketika mahu memandikan kanak-kanak berkenaan selepas kejadian berlaku.
“Penyakit apakah ini? Semakin teruklah kesihatan mental manusia sekarang ini. Kenapa anak-anak kecil pula yang dijadikan mangsa? Semestinya kanak-kanak terbabit akan merasa trauma sehingga dewasa.
“Di kala kita semua sedang mengejar ramadan yang bakal menjelang (ketika kejadian). Ramai juga yang mengejar mengumpul dosa. Semoga anak-anak kita dijauhkan dari manusia-manusia durjana seperti ini.” Pohonnya.
Maklumat terperinci mengenai lokasi sebenar kejadian itu berlaku bagaimanapun tidak didedahkan sama ada nama daerah mahupun negeri dalam perkongsian mengejutkan tersebut.
Baca juga: Masjid buat tarawih 20 rakaat dalam masa 10 minit, rupanya sejak tahun 1907!