Peniaga di Parlimen Selayang merungut pasal GST

Peniaga di Parlimen Selayang merungut pasal GST

Calon PKR P097 Selayang mendapati ramai dikalangan peniaga mengeluh kerana Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang
dilaksanakan kerajaan sejak tiga tahun ini, mengurangkan keuntungan dan peningkatan kos dalam perniagaan mereka.

William Leong Jee Keen penyandang dua penggal Parlimen Selayang, mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) telah mengkhianati peniaga apabila mengaitkan peningkatan kos sara hidup disebabkan kawalan harga oleh peniaga Cina.

“Sepanjang kempen saya di Selayang, satu isu utama yang sangat menonjol adalah GST.

“Kebanyakan pengundi di kawasan Selayang adalah peniaga Cina. GST bukan sahaja menjejaskan kehidupan mereka tetapi mereka merasa dikhianati kerana mereka juga dipersalahkan oleh ahli politik Umno kerana kenaikan kos sara hidup

“Bahkan isu GST ini juga terkesan kepada pengundi Melayu dan India di Selayang,” ujarnya dalam kenyataan.

Salah seorang peniaga mendakap calon dua penggal dari PKR ini ketika lawatannya ke Pasar Selayang baru-baru ini.

Katanya juga GST juga merupakan isu besar di kalangan pengundi Melayu dan India di kawasan itu.

“Mereka juga turut bercakap megnenai GST dan saya telah menerangkan kepada mereka sebelum ini, tetapi tidak ada apa yang dapat kita lakukan kerana ia telah diluluskan di Parlimen.

“Malah untuk membeli keranda seseorang perlu membayar 6% GST. Masyarakat India di kawasan saya telah menolak tawaran MIC untuk membelikan mereka keranda.

“Ini kerana pengundi India mahukan kehidupan yang lebih baik, bukan kematian,” ujarnya.

Beliau berpandangan j sudah tiba masanya pengundi di Selayang berani membuat perubahan pada pilihan raya kali ini.

“Saya nak beritahu bukan sahaja pengund di Selayang tapi seluruh negara undilah Pakatan Harapan dan kita akan mengambil alih Putrajaya yang mana dalam tempoh 100 hari yang pertama kita akan hapuskan GST,” ujarnya.

Pada PRU14 Parlimen Selayang akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara William Leong Jee Keen dengan calon BN Kang Meng Fuat dan calon Pas, Brig Jen (B) Datuk Hashim Karim.

9.3
OVERALL SCORE
: 8.0
3 user votes x 9.7
CATEGORIES
TAGS