Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Peniaga didakwa hantar komunikasi bersifat ugutan terhadap Menteri Kewangan

Peniaga didakwa hantar komunikasi bersifat ugutan terhadap Menteri Kewangan

Oleh BERNAMAFebruary 21, 2020 7:20 pm




Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat dan menghantar komunikasi berbaur ugutan melalui Facebooknya terhadap Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berhubung penjualan aset Tabung Haji.

Nor Zigan Mohd Tori, 47, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim M.M Edwin Paramjothy.

Lelaki itu didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang mengancam sifatnya dengan niat untuk mengugut orang lain, melalui Facebook “Zihan Tori” pada jam 8.06 pagi, Selasa lalu.

Pautan itu telah dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Tingkat 28, Menara KPJ, Jalan Tun Razak, di sini, pada jam 2.30 petang, hari yang sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Syahieza Md Hadzaid menawarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin, manakala peguam Sharil Azwan Nizan yang mewakili tertuduh memohon jumlah jaminan yang rendah atas alasan tertuduh mempunyai seorang anak dan isterinya tidak bekerja.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 Mac ini untuk sebutan semula kes.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

“Beli 1 Mercedes minta maaf, beli 14 Mercedes banyak pula dalil”

Benarkah jasa Mahathir menyebabkan PH menang PRU-14?

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Terkini

Selepas Ketua Bersatu Sepang positif Covid-19, apa nasib peserta program gunting rambut?

Belum siap tetapi bangunan baharu Hospital Tanah Merah terbakar

Sudah jadi kerajaan, Pas dikecam hanya bincang isu artis bertudung

Minum bir di pusat kuarantin biadab ketika barisan hadapan sibuk selamatkan rakyat

‘Ahli Parlimen tidak boleh bincang kepentingan rakyat di kedai mamak’

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production