Selepas kerajaan melaksanakan program Menu Rahmah dalam usaha mengurangkan beban kos sara hidup orang ramai, peniaga durian juga nampaknya tidak mahu ketinggalan untuk menyahut program ini.
Antaranya ialah peniaga Durians Atok yang memaklumkan mereka menjual raja buah itu pada harga RM4.99 sebekas sebagai tanda menyahut seruan kerajaan.
Seperti perkongsiannya di laman Facebook, mereka memberitahu telah berjaya menjual 50 bekas durian Menu Rahmah dalam masa 10 minit sahaja.
“Salam. Tadi atok ada buat durian Menu Rahmah tanda menyahut seruan kerajaan. 50 bekas terjual dalam 10 minit sahaja.”In sha Allah, esok sabtu jam 3 petang 50 bekas lagi durian Menu Rahmah,” katanya.
Perkongsian itu kemudian mendapat perhatian ramai dengan rata-rata memuji insiatif tersebut dan menunjukkan sokongan penuh kepada para peniaga yang mahu turut serta melaksanakan Menu Rahmah.
Ada juga memberi saranan agar peniaga durian yang bercadang mengikuti konsep Menu Rahmah supaya mengehadkan pembelian bagi memastikan lebih ramai dapat merasa raja buah itu.
Baca juga: Dengar je dapat wang RM250,000, terus diserbu saudara mara nak pinjam duit
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio