Peniaga perlu patuh kadar sifar GST pada 1 Jun, kata KPDNKK

Peniaga perlu patuh kadar sifar GST pada 1 Jun, kata KPDNKK

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memberi amaran kepada golongan peniaga agar mematuhi kadar sifar peratus cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang bermula Jumaat ini.

Pengarah Bahagian Penguatkuasaan KPDNKK, Datuk Mohd. Roslan Mahayudin berkata, sekiranya golongan itu ingkar, pihaknya akan mengambil tindakan menggunakan beberapa akta termasuk Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Akta Perihal Dagangan 1972.

Sejak Jumaat lalu, kata beliau, pegawai-pegawai KPDNKK telah digerakkan ke kebanyakan pasar raya untuk memantau harga semasa dan harga tersebut akan dibandingkan dengan harga sifar GST pada 1 Jun depan.

“Pengguna diminta berhati-hati memastikan barangan mereka beli pada 1 Jun ini pada kadar sifar GST. Kalau masih enam peratus, mereka boleh melapor terus ke pihak kastam atau KPDNKK,” katanya kepada media hari ini.

Orang ramai boleh menyalurkan aduan kepada KPDNKK antaranya menerusi talian 03-80008000 1Malaysia One Call Centre (1MOCC), talian bebas tol Pusat Informasi dan Gerakan Operasi Strategik (PIGOS) di 03-88826088