Memasuki minggu ketiga umat Islam berpuasa, kedengaran bermacam-macam rungutan terhadap peniaga di bazar Ramadan bukan sahaja mengenai harga makanan, bahkan kualiti dan kebersihan juga amat teruk dan menyedihkan.
Seperti satu rakaman video yang dikongsi page halalfoodiemy di Instagram, seorang peniaga dilihat menggunakan bekas tong sampah sebagai tempat untuk meletakkan sos ayam percik.
Dapat dilihat bekas tong sampah itu dipenuhi sos ayam percik dengan salah seorang peniaga mencelup ayam percik ke dalam sos di dalam tong sampah berkenaan.
Walaupun kemungkinan peniaga tersebut membersihkan bekas sampah itu terlebih dahulu, namun nampaknya netizen terasa loya melihat cara peniaga berkenaan mengendalikan kebersihan makanan jualannya.
“Kembang tekak nak beli pakai tong sampah. Pakailah tong lain. Dah terbiasa tong macam tu untuk letak sampah. Ye tahu tong tu tong baru,” komen sakuramyra.
“Bekas tong hitam tu bukan untuk letak makanan sebab nanti bahan kimia dari tong itu masuk dalam makanan bila kuah tu panas,” komen drsaifuldin.
Bukan hanya itu, netizen turut mengkritik peniaga tersebut kerana meletakkan tong berisi sos berkenaan betul-betul di atas jalan tar tanpa diletakkan alas yang sebetulnya perlu tiga kaki tinggi dari paras lantai.
“Ini kalau ‘food safety’ ni ‘fail’ ni. Makanan tidak boleh letak di lantai. Harus tiga kaki tinggi dari paras lantai. Letak lah atas meja ke. Nanti pencemaran kepada makanan,” komen pula gieeazy71.
Baca juga: Bocor rahsia sulit kerajaan punca Sanusi dihalang hadiri majlis rasmi kerajaan?