Peniaga siap cakap rugi 50 peratus sebab ‘car free zone’, sekali ADUN turun terus ‘spin’ cerita

Oleh MAISARAH AISYA

Bukan main lantang bersuara semasa mengalami kerugian, rupa-rupanya ada cerita disebalik kisah tak dapat untung seorang peniaga cendol di Melaka.

Umum tahu kerajaan negeri Melaka memperkenal zon bebas kenderaan di kawasan pelancongan Banda Hilir.

Kalau dilihat, pembangkang di negeri Melaka kerap memainkan isu kerugian dan melihat kepada aduan tersebut, wakil rakyat turun padang untuk mendapatkan kepastian.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abd Halem dalam satu video yang dikongsi menerusi TikTok berbual dengan pengadu tersebut.

Rugi masa hujung bulan sahaja

Rupanya peniaga tersebut bukan selalu alami kerugian cuma faktor jualan pada hujung bulan lebih sedikit berbanding waktu lain dan bukan disebabkan zon bebas kenderaan.

“Hujung bulan sahaja kita tak ada orang bukan pasal ‘car free zone’,” jelas peniaga cendol tersebut.

@umnohtj

Untung Ke Rugi? Cakap betul-betul la… Sampai habis barang berniaga. Terima Kasih CM 😁😁😁 @Ab Rauf Yusoh @Drakmalsaleh @abdhakimwahid #fyp #fypシ #MelakaLer

♬ original sound – UMNO Hang Tuah Jaya – UMNO Hang Tuah Jaya

Rupanya di kawasan tersebut ada ‘crowd monitoring’ di mana ia mengesan haba manusia dan dapat membantu pihak pengurusan mengetahui jumlah pelancong yang hadir.

Hari minggu di mana zon bebas kenderaan dijalankan, kawasan tersebut menerima kunjungan lebih 15,000.

Malah sehari sebelum acara berlangsung pengunjung yang hadir hampir melebihi 19k , perkara tersebut disahkan peniaga cendol tersebut.

“Semalam Alhamdulillah, cendol tu kita tak kira. Saya tutup kedai pukul 1 pagi, itu pun sebab barang habis,” jelasnya.

Melihat kepada perkata tersebut, Mohd Noor Helmy berharap info yang dikongsikan pengadu adalah sahih dan bukan menokok tambah.

“Maknanya perniagaan tiada masalah, jadi kita nak tengok dekat mana kelemahannya supaya kita dapat bantu tapi susah sebab kita tak terima info yang betul.

“Datang tanya masa rugi, kau sebut kuat-kuat tapi bila untung diam-diam. Bukan kita datang minta duit,” ujarnya mengakhiri video tersebut.

Baca juga: Terima rasuah RM100k, anak Ketua Pembangkang mengaku tak bersalah