Jika dulu kalau nak ke bazar Aidilfitri susah betul nak lihat harga, kena ringan mulut pula bertanya tapi kalau dah tanya tak mungkin tak beli.
Sedangkan ramai akan berjalan terlebih dahulu dan survey harga dan kualiti baju sebelum buat keputusan untuk membeli.
Kini boleh dikatakan banyak peniaga mula mempamerkan harga apabila bimbang dikenakan tindakan dan barang mungkin dirampas.
Menurut Harian Metro, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mencatatkan nilai rampasan sebanyak RM414,319.07
Rampasan tersebut adalah atas pelbagai kesalahan menerusi Ops Pantau 2024 di bazar Ramadan dan Aidilfitri, di seluruh negara, sejak 12 Mac sehingga Sabtu lepas.
Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata, rampasan dilakukan daripada 84 kes yang dihasilkan.
Kebanyakan adalah atas kesalahan seperti tidak meletakkan tanda harga, tidak menggunakan alat timbang yang sah dan menjual barang-barang tiruan.
“Sepanjang tempoh itu, 20,854 premis diperiksa di seluruh negara termasuk 685 pemeriksaan di Bazar Aidilfitri di seluruh negara sejak Ops Pantau ini dilancarkan.
“Selain itu, kita juga menerima sebanyak 623 aduan daripada pengguna dalam tempoh yang sama membabitkan pelbagai kategori aduan,” katanya seperti dipetik Harian Metro.
Beliau berkata, seramai 2,200 pegawai penguat kuasa digerakkan di seluruh negara bagi melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan sepanjang musim perayaan ini.
Menurutnya, selain bazar Ramadan dan Aidilfitiri, penguatkuasaan juga dijalankan secara berfokus di seluruh negara di lokasi tumpuan seperti pasar raya dan kedai runcit termasuk penjualan secara dalam talian.
Baca juga: Ceburi bidang seni, KJ akui lebih selesa daripada jadi menteri