Malaysia Dateline

Peniaga warga emas hampir nak putus asa, harga hampir semua barangan melambung

Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh mendedahkan rata-rata peniaga pasar pagi di Taman Bukit Maluri yang ditemuinya mengeluh dengan kenaikan mendadak harga barangan.

Menurutnya, kos logistik, makanan haiwan dan tenaga kerja yang meningkat telah menyebabkan harga hampir semua barangan melambung.

“Kos tepung meningkat menyebabkan harga roti canai turut terkesan. Kos logistik menyebabkan harga buah-buahan, pakaian dan makanan naik.

“Kos makanan haiwan meningkat menyebabkan harga ayam dan babi menjadi tinggi. Penjual bak kut teh sangat terkesan,” tegasnya dalam kenyataan hari ini.

Dalam masa sama, katanya, kos sayuran yang tinggi disebabkan oleh masalah tanah yang tidak diselesaikan oleh kerajaan dan kekurangan komitmen membantu petani meningkatkan tanaman.

Selain itu, tambahnya, kos beg plastik dan susu turut meningkat sekaligus menyebabkan harga makanan dan minuman juga meningkat.

Baca Rakyat tertanya di mana kek aku yang dihiris-hiris

Baca Lelaki ini kongsikan tip isterinya rebus kerang tanpa air