Malaysia Dateline

Penilaian Grab-Carilah sebab mengapa Grab masih bernilai USD 10.44 bilion?

Sehari dua ni saya nampak ramai pakar-pakar dan sifu-sifu di FB sibuk mengira-gira nilai syarikat yang belum pernah untung. seperti Grab. Ada yang mempamirkan carian rujukan mereka bagi menguatkan pandangan mereka.

Alam penilaian syarikat persendirian ni amat luas. Jika ianya membabitkan syarikat teknologi lagilah pening kita. Asasnya kadang-kadang tak ada kena mengena dengan keuntungan pun, berkadar dengan tahap kematangan perniagaan.

Bagi orang-orang yang biasa dengan modal teroka (venture capital), saya yakin mereka akan maklum bagaimana usahawan meningkatkan nilai perushaan (enterprise value) dengan menjual sedikit demi sedikit saham-saham mereka. Setiap kali dijual, harganya semakin naik menyebabkan keseluruhan penilaian naik.

Katakan saya menubuhkan syarikat dengan modal 1,000,000 saham pada harga 10 sen sesaham. Nilai pelaburan saya adalah RM 100,000. Katakan saya bawa masuk teknologi yang saya bina sendiri dan ada pihak yang minat untuk membeli 50,000 saham dengan harga 50 sen, penilaian syarikat telah naik ke RM 500,000. Bila ada lagi kemajuan dan syarikat memerlukan modal, syarikat boleh menerbitkan 200,000 saham pada harga RM 1 sesaham. Masa tu jumlah saham syarikat adalah 1,200,000 dengan penilaian RM 1.2 juta.

Sebagai pengasas, peratusan pegangan saham saya semakin mengecil (dah turun kepada 79%) tetapi penilaiannya semakin tinggi (RM 950,000). Yang penting ialah syarikat saya kena ada benda yang pihak yang ada dana mahu dan sanggup bayar.

Biasanya pihak yang membeli menilai potensi syarikat seperti teknologi yang dibangunkan, data yang dikimpul dan macam-macam perkara lagi. Oleh itu untung rugi bukanlah perkara yang dikira satu-satunya asas kepada penilaian.
Saya ada mengenali seorang usahawan yang menjangka penilaian syarikatnya sudah lebih USD 500 juta.

Dia mensasarkan untuk menjadi unicorn dengan penilaian lebih USD 1 bilion. Tetapi, penilaian sebegini tidak akan dicapai di negara ini. Biasanya nak dapatkan penilaian yang tinggi kenalah ke pasaran seperti di Amerika.

Saya bawakan di sini penilaian semasa Grab di Nasdaq. Nilainya USD 10.44 bilion tetapi bila dirujuk nisbah harga kepada keuntungan (PE ratio), ianya tak berkenaan. Ini adalah kerana Grab belum pernah untung lagi.

Jadi, bagi sifu-sifu yang asyik menggunakan untung rugi sebagai asas penilaian, carilah sebab mengapa Grab masih bernilai USD 10.44 bilion.

Baca juga: Akui gemuruh bertanding di Sungai Buloh, hari ini Khairy Jamaluddin sah berhadapan 6 saingan

Baca juga: Suami ketagih layan video lucah, tak ‘sentuh’ isteri hampir setahun sebab tak turun berat badan