Malaysia Dateline

Pening nak fahamkan anak, guru pun harap pencipta silibus Matematik Tahun 1 masuk mengajar

Rata-rata ibu bapa mengakui pening nak fahamkan anak mereka di Tahun 1 gara-gara silibus bagi matapelajaran Matematik yang sukar.

Dalam masa sama, ada guru juga berharap pencipta silibus itu sendiri masuk mengajar murid berusia 7 tahun yang sebahagiannya masih tidak lancar membaca.

Bagi Noora Shim Nik, beliau berpendapat subjek Matematik di peringkat sekolah rendah sepatutnya lebih banyak dalam bentuk digit dan gambar.

“Tak perlu banyak ayat karangan. Patut ada dalam silibus ialah congak sifir. Yang penting bagi subjek Matematik ini, jalan kerja dan jawaapn yang betul.

“Ni nak fahamkan soalan pun berjam-jam. soalan IGCSE (International General Certificate Of Secondary Education) pun tak berayat-ayat sangat macam ni,” katanya merujuk pada muka surat soalan Matematik Darjah 1 yang dikongsikan seorang guru bernama Mohd Fadli Salleh di Facebook.

Keluhan sama dilontarkan seorang ibu, Sofiah Raihan Razali tekanan untuk murid Darjah 1 faham apa yang dipelajari bertambah lantaran dua tahun dibadai Covid-19.

“Matematik sekarang terlalu membaca. Bagus tapi kasihan. Lagi-lagi anak yang ketinggalan 2 tahun Covid-19. Lebih baik soalan straight forward tapi keadaan berubah dan anak kita terpaksa akur,” katanya.

Baca juga Cikgu kongsi soalan Matematik Darjah 1, pemegang ‘degree’ pun garu kepala nak jawab

Baca juga Akibat tercemar dengan asbestos, bedak bayi talkum Johnson & Johnson bakal lenyap di pasaran