Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Peningkatan Indeks Kedaulatan Undang-Undang kerana keterbukaan kerajaan PH

Peningkatan Indeks Kedaulatan Undang-Undang kerana keterbukaan kerajaan PH

oleh AKMAL MANAFJanuary 31, 2020 4:59 pm




Peningkatan Indeks Kedaulatan Undang-Undang 2019 dari tangga ke 56 kepada 51 adalah atas sebab keterbukaan yang diamalkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan beberapa faktor yang lain.

Susulan perkembangan positif itu, Peguam, Syahredzan Johan menyifatkan, ia antara lain juga adalah disebabkan oleh faktor semak dan imbang (check & balance).

“Selain konsep keterbukaan yang diamalkan pihak kerajaan, faktor semak dan imbang yang dikenakan ke atas kuasa kerajaan juga memainkan peranan.

“Ia dapat dilihat daripada Parlimen yang semakin diperkasakan dan Mahkamah yang semakin bebas.

“Ini menunjukkan bahawa reformasi institusi yang dilaksanakan oleh pihak Kerajaan semakin berhasil dan diiktiraf antarabangsa,” katanya kepada Malaysia Dateline.

Beliau mengulas demikian ketika ditanya pandangan beliau mengenai peningkatan positif itu dan adakah perubahan angka tersebut juga disebabkan oleh dasar-dasar yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan.

28 Februari tahun lalu, BH melaporkan, Malaysia berada pada kedudukan ke-51 daripada 126 negara di seluruh dunia, dalam penilaian Indeks Kedaulatan Undang-Undang 2019 World Justice Project (WJP).

Kedudukan itu sekali gus menyaksikan negara mencatat peningkatan lima kedudukan untuk keseluruhan prestasi dalam edisi indeks Kedaulatan Undang-Undang WJP, berbanding sebelumnya.

Penilaian itu membabitkan pematuhan kedaulatan undang-undang di seluruh dunia berdasarkan lebih daripada 120,000 tinjauan isi rumah dan 3,800 tinjauan pakar membabitkan 126 negara.

 

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Kos RM35.4 juta boleh buat ujian swab lebih 500,000 rakyat Malaysia

Pejabat PM sahkan RM35 juta untuk projek bina 3 dewan bukan 1 dewan

Hanipa minta gerai jual burger dibuka hingga jam 12 malam

Vaksin COVID-19: Khairy kecewakan rakyat Malaysia

4,029 kes baru tertinggi direkodkan hari ini

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production