Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Peningkatan Indeks Persepsi Rasuah dipengaruhi kepercayaan rakyat
Datuk Seri Akhbar Satar

Peningkatan Indeks Persepsi Rasuah dipengaruhi kepercayaan rakyat

AKMAL MANAFJanuary 29, 2020 7:00 am




Kedudukan Malaysia bagi Indeks Persepsi Rasuah (CPI) bagi tahun 2019 meningkat ke tangga 51 daripada 180 negara berbanding pada tangga 61 pada tahun 2018 dipengaruhi oleh kepercayaan rakyat terhadap kerajaan.

Demikian pandangan bekas Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Seri Akhbar Satar mengenai perkembangan positif tersebut.

Menurut beliau peralihan angka dalam indeks tersebut dipengaruhi oleh kekecewaan rakyat terhadap Umno-BN yang terkait dengan isu rasuah dan pendakwaan di kalangan pemimpinnya..

“Masa itu kaji selidik sedang dijalankan. Kalau saya, saya pun bagi markah yang tinggi dalam survey tersebut.

“Saya rasa (keputusan kaji selidik) itu lebih kepada ‘orang terkejut’ kerana sebelum ini rasuah teruk, jadi rakyat melihat kerajaan dapat menghapuskan atau mengurangkan kadar rasuah sekali gus meletakkan markah yang tinggi,” katanya ketika diminta mengulas mengenai peningkatan indeks tersebut.

Ditanya adakah peningkatan indeks itu disebabkan dasar-dasar yang dibawa oleh pihak kerajaan, seperti  Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 yang menggariskan 22 strategi dengan 115 inisiatif antirasuah untuk menentang rasuah dalam semua sektor di seluruh negara, Akhbar yang juga Presiden Persatuan Pemeriksaan Penipuan Bertauliah Malaysia mempunyai jawapan tersendiri.

“Dasar-dasar yang dibawa oleh kerajaan yang baharu ini belum lagi nampak, kecuali tangkapan dan juga pendakwaan yang dibuat terhadap kes berprofil tinggi seperti SRC International dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), tetapi itu pun berlaku selepas Mei, bermakna ketika itu kaji selidik sedang dijalankan.

“Tapi kita jangan terlalu teruja dengan pencapaian tersebut kerana jika tidak ada penelusan iaitu janji-janji dalam manifesto, terutama sekali dari segi dana politik, kebebasan SPRM, Peguam Negara dan Jabatan Audit Negara, kemungkinan indeks mendatang nanti akan terjejas,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Akhbar turut menzahirkan kebimbangannya terhadap hubung kait mengenai janji-janji manifesto dan keputusan kaji selidik untuk masa akan datang.

“Saya bimbang apabila kaji selidik yang dibuat mulai Jun tahun ini sehingga tahun depan, kalau kerajaan tidak tepati janji, saya rasa kemungkinan besar ia akan menjejaskan indeks,” ujarnya lagi.

Malaysia telah melonjak 10 anak tangga ke kedudukan 51 daripada 180 negara dalam CPI TI untuk 2019, menunjukkan peningkatan dalam menangani rasuah.

Skor Malaysia juga meningkat kepada 53 daripada 100 mata dalam tinjauan CPI, peningkatan daripada 47 mata yang diperoleh pada tahun sebelumnya.

Skor dan kedudukan CPI itu adalah berdasarkan 13 tinjauan dan penilaian pakar yang mengukur tahap persepsi rasuah dalam sektor awam negara pada skala daripada sifar (dianggap tinggi rasuah) ke 100 (paling bersih)

 

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

“Beli 1 Mercedes minta maaf, beli 14 Mercedes banyak pula dalil”

Benarkah jasa Mahathir menyebabkan PH menang PRU-14?

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Terkini

Awas Covid-19: Lagi 3,339 dijangkiti, 240 kes ICU, 10 kluster baharu

Boleh pula menteri rentas negeri, berkumpul makan tidak amal jarak

Ugut tembak, pecah pasu bunga masjid, bapa Bob Lokman didenda RM4,000

Setpol Menteri Sumber Manusia positif Covid-19

Kabur soal calon PM rencatkan Grand Coalition

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production