Peningkatan RM1.2bilion kerajaan tidak ketepikan kepentingan Islam, kata Mujahid

Peningkatan RM1.2bilion kerajaan tidak ketepikan kepentingan Islam, kata Mujahid

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa berkatadengan peningkatan sebanyak RM1.2bilion berbanding RM1.1bilion pada tahun lalu, menunjukkan kerajaan tidak pernah sekali-kali mengenepikan hal ehwal Islam.

Beliau berkata selaku menteri yang diberi amanah dan tanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam beliau akan memastikan kesemua peruntukan yang diberi digunakan sebaiknya serta membelanjakannya dengan telus.

” Alhamdulillah, saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana menaikkan jumlah peruntukan sebanyak RM100 juta untuk hal ehwal agama Islam.

“Jumlah yang diberikan kepada kementerian ini pada belanjawan 2019 ialah sebanyak RM1.2 bilion berbanding RM 1.1 bilion pada tahun lalu.

“Dengan peningkatan jumlah peruntukan ini, ia menunjukkan bahawa kerajaan tidak pernah sekali-kali mengenepikan atau berniat untuk mengabaikan hal ehwal agama Islam yang mana Islam merupakan agama rasmi di negara ini,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen Parit Buntar ini juga menyatakan penghargaan kepada kerajaan Pakatan Harapan kerana turut menyediakan peruntukan sejumlah RM150 juta bagi pelbagai program termasuk pembinaan masjid dan surau di seluruh negara, inisiatif Khairah Ummah untuk melahirkan lebih ramai profesional dari kalangan huffaz serta modul pembelajaran agama menggunakan braille.

“Untuk sekolah-sekolah tahfiz dan pondok pula, sejumlah RM75 juta diberikan melalui Kementerian Pendidikan iaitu sekolah tahfiz sebanyak RM50 juta dan sekolah pondok yang berdaftar RM25 juta.

“Ini juga membuktikan kerajaan Pakatan Harapan tidak mengabaikan sekolah tahfiz serta sekolah pondok yang berdaftar,” ujarnya.

 

 

COMMENTS

Wordpress (0)