Malaysia Dateline

Penjara tempat tebus dosa bukan tempat nak berselesa

Hospital Kuala Lumpur adalah antara hospital tertua, terbesar dan terlengkap di Malaysia. Ubat generik adaIah sama dari segi ramuan dengan ubat berjenama tetapi lebih murah. Kalau banyak duit belilah sendiri ubat berjenama.

HKL dibina pada 1870 dan tidak hairanlah kalau hari ini ada macam-macam pakar di situ. Cakap saja sakit apa, ada lah doktor untuk mengubatinya.

Kalau seseorang mengadu sakit perut atau usus dan dia orang terkenal pula – macam Mohd Najib Abdul Razak – dia akan dirawat oleh pakar gastroenterologi. Bagi pesakit biasa, selalunya yang periksa dulu adalah doktor perubatan am atau GP. Bila sah masalahnya serius barulah dirujukkan kepada doktor pakar.

Katakan ahli gastroenterologi tak jumpa apa-apa masalah serius, dia “prescribed” lah ubat biasa macam ubat gastrik atau kembung dan suruh balik.

Tapi kalau dengan tak semena-mena dia berasa sakit leher dan belakang, pakar ortopedik pula akan periksa. Perubatan autopedik ini berkaitan sistem otot rangka (tulang, sendi, ligamen, tendon, otot, dan saraf).

Untuk lebih meyakinkan, dia juga mungkin diperiksa oleh pakar neurologi iaitu berkaitan sistem saraf pusat dan periferi, otak, tulang belakang dan tisu penyambung di sekelilingnya.

Katakan, setelah diperiksa oleh semua jabatan perubatan yang ada di HKL tapi tak jumpa sebarang masalah luar biasa, pihak hospital atau pesakit sendiri boleh cadangkan supaya dirujuk kepada pakar psikiatri di Klinik Psikiatri & Kesihatan Mental HKL. Manalah tahu dia mengalami masalah psikiatri.

Psikiatri ini adalah berkenaan kajian dan rawatan penyakit mental, gangguan emosi dan kelakuan aneh. Tapi tentulah tidak ramai pesakit mahu mengaku dia mengalami masalah mental. Namun adalah biasa bagi kita mengalami tekanan jiwa dan gangguan mental dalam keadaan tertentu.

Tapi kalau kita kaitkan semua itu dengan Najib, ia adalah tidak perlu sebab kesihatannya berstatus “A Ok” macam kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Dalam satu kenyataan media dia kata, Najib disahkan sihat sebelum dilepaskan daripada HKL. Dia dimasukkan pada 9 September sebagai kes bukan kecemasan (non-emergency case) bagi memastikan kesihatannya di tahap, terbaik.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pula kata, ikut peraturan penjara, banduan hanya boleh dirawat di hospital kerajaan. Tapi dia kata, boleh beli ubat sendiri kalau tidak mahu ubat yang dibekalkan.

Semua ini boleh dijadikan pengajaran. Kalau tidak mahu disiasat, ditangkap, dibicarakan dan dipenjarakan janganlah lakukan jenayah. Penjara bukan istana. Ia adalah tempat menghukum dan memulihkan penjenayah.

Baca juga: Peguam beritahu Najib tidak seceria sebelum ini

Baca juga: Pecah tembelang! Peminta sedekah main judi, siap sorok telefon belakang tabung derma