Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Penjawat awam dirai dalam program singgah sahur MPK
Dr Mohd Zuhan Mohd Zain (kiri) menyampaikan sumbangan kepada Pegawai Polis yang sedang berkhidmat di Balai Polis Kluang

Penjawat awam dirai dalam program singgah sahur MPK

AMNI JAGATMay 27, 2019 12:00 pm




 Ahli Majlis Perbandaran Kluang (MPK), Dr Mohd Zuhan Mohd Zain semalam meraikan kakitangan yang bertugas di kawasan tersebut dengan program ‘Singgah Sahur’ yang dianjurkan mereka.

Menurut beliau, program tersebut diadakan bagi menghargai jasa penjawat awam yang bertugas hingga mencecah lewat malam dan seawal pagi.

Lokasi yang diziarahi oleh pasukan MPK itu menyinggah di Balai Polis, Balai Bomba dan Hospital Besar Kluang.

“Kita menyediakan beberapa barang keperluan sahur seperti makanan, kuih raya dan barang keperluan lain.

“Ini juga usaha krew kami untuk menghargai jasa mereka yang berjuang mempertahankan keamanan negara dan mereka ini adalah wira negara kita.

“Turut diraikan adalah golongan pesakit di Hospital Besar Kluang yang berada di hospital berkenaan serta kami juga menyampaikan sedikit sumbangan duit kepada pesakit tersebut bagi membantukan kos perbelanjaan rawatan mereka.

“Saya bersama pasukan ini akan meneruskan ziarah Ramadhan ini ke tempat-tempat lain di sekitar Kluang bukan sahaja kakitangan awam malah kepada mereka yang berkerja swasta.

“Sambutan yang kami terima amat menggalakkan dan semua di kalangan mereka berbesar hati dengan singgah krew kami ke tempat mereka,” ujarnya.

Beliau yang juga merupakan Ketua AMANAH Kawasan Kluang turut mengucapkan penghargaan kepada krew yang membantu terdiri daripada AMANAH Kawasan Kluang serta unit ARIF Kawasan Kluang.

Program yang bermula sekitar jam 1:00 pagi dan selesai pada jam 3:00 pagi itu dapat mengagihkan makanan yang disediakan kepada semua penerima seperti yang disasarkan.

Dr Mohd Zuhan Mohd Zain (berdiri dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada penjawat awam di Hospital Besar Kluang

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

“Beli 1 Mercedes minta maaf, beli 14 Mercedes banyak pula dalil”

Benarkah jasa Mahathir menyebabkan PH menang PRU-14?

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Terkini

Belum siap tetapi bangunan baharu Hospital Tanah Merah terbakar

Sudah jadi kerajaan, Pas dikecam hanya bincang isu artis bertudung

Minum bir di pusat kuarantin biadab ketika barisan hadapan sibuk selamatkan rakyat

‘Ahli Parlimen tidak boleh bincang kepentingan rakyat di kedai mamak’

Awas Covid-19: Lagi 3,339 dijangkiti, 240 kes ICU, 10 kluster baharu

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production