Malaysia Dateline

Penjawat awam Indonesia boleh kerja dari rumah selama seminggu lepas Aidilfitri

Kakitangan awam di Indonesia dibenarkan untuk bekerja dari rumah (WFH) dan boleh dipohon selama seminggu selepas cuti Aidilfitri ini.

Perkara itu diumumkan Menteri Pembaharuan Pentadbiran dan Pembaharuan Birokrasi Indonesia, Tjahjo Kumolo pada semalam, yang memaklumkan WFh boleh dipohon bermula semalam.

“Saya bersetuju dengan pendapat Ketua Polis Negara, Jeneral Listyo Sigit Prabowo, supaya agensi kerajaan melaksanakan dasar WFH.

“Semua agensi kerajaan diharapkan dapat mengatur pembahagian jadual dengan teliti supaya perkhidmatan kepada masyarakat terus berjalan seperti biasa,” katanya seperti dilaporkan AGENSI.

Tjahjo berkata, kerajaan Indonesia sudah melaksanakan Sistem Kerajaan Berasaskan Elektronik (SPBE) di mana penjawat awam boleh bekerja secara fleksibel menggunakan teknologi komunikasi maklumat (ICT) masa kini.

Justeru itu katanya, WFH tidak akan mengganggu perkhidmatan, urusan pentadbiran dan perkhidmatan kerajaan yang lain.