Malaysia Dateline

Penjenamaan semula logo UM dikritik, “penat cari rupanya tukar ‘font’ je”

Penjenamaan semula logo Universiti Malaya yang diumumkan beberapa hari lalu mengundang kritikan ramai apabila logo baru yang dikeluarkan dilihat tiada beza dengan logo lama.

Perubahan yang dilakukan dianggap tidak signifikan kerana pihak pentadbiran hanya mengubah jenis font pada nama universiti.

Jika dilihat, perisai biru UM didampingi dengan nama UNIVERSITI MALAYA di bahagian sebelah kanan. Justeru, jenis tulisan bagi nama universiti itu telah ditukar.

“Hi freshies dan semua warga Universiti Malaya!!! Ini adalah merupakan hebahan penjenamaan semula logo baharu Universiti Malaya, diharap agar semua warga UM mengambil maklum berkenaan pembaharuan logo ini,” tulis laman rasmi Minggu Haluansiswa Universiti Malaya – Rasmi.

Bagaimanapun, hebahan penjenamaan logo itu mendapat perhatian ramai yang mendakwa logo lama lebih mempunyai nilai sentimental dari logo baru.

Selain itu, mereka menekankan bahawa sepatutnya pihak pentadbiran mengubah ejaan pada moto yang masih menggunakan bahasa lama iaitu; “Ilmu Puncha Kemajuan”.

“Atas kapasiti alumni, saya merasakan penjenamaan semula logo Universiti Malaya adalah sia-sia dan buruk.. patut UM tak boleh nak jadi Uni premier dunia.. asyik rebranding keje,” tulis seorang pengguna Facebook yang mengulang siar hebahan berkenaan.

Baca juga: ‘Dia mangsa culik kot!’, netizen berang ada individu persenda gambar sebenar Azi yang diculik ke Thailand

Baca juga: Tahniah! Isteri ahli politik dapat kontrak arang batu 15 tahun ke Indonesia, Singapura dan China