Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Penjualan pesawat: Yayasan Anti Rasuah P. Pinang optimis SPRM ada kepakaran siasat
Datuk Ong Chuan Jin

Penjualan pesawat: Yayasan Anti Rasuah P. Pinang optimis SPRM ada kepakaran siasat

MOHD ALI HASHIMFebruary 3, 2020 7:00 am




Yayasan Anti Rasuah Pulau Pinang mengalu-alukan siasatan segera terhadap dakwaan rasuah melibatkan penjualan pesawat sepertimana kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya.

Menurut Pengerusinya, Datuk Ong Chuan Jin, dakwaan tersebut adalah amat serius dan tidak harus ada kompromi walaupun ia berlaku di luar negara.

Malah katanya lagi, mana-mana pihak tidak harus mempertikaikan kuasa siasatan yang ada pada SPRM walaupun kejadian rasuah tersebut berlaku di luar negara.

“Kita optimis SPRM kini efisein dan cuba membawa reformasi yang terbaik dalam organisasi tersebut.

“Mereka bukan saja mampu untuk melaksanakan siasatan dalam negara, malah mempunyai keupayaan untuk menjalankan siasatan diluar negara.

“Pendedahan yang didakwa wujudnya unsur rasuah melibatkan Airbus dan dua eksekutif dari Air Asia di UK sepertimana yang didedahkan tidak harus dipandang ringan dan perlu diberi perhatian serius, ” tegas beliau.

Tambah Ong lagi, laporan akhbar tempatan UK, The Telegraph yang mendakwa kedua-dua eksekutif tersebut disebut dalam dokumen undang-undang melibatkan insiden rasuah membabitkan kontrak penjualan pesawat ke seluruh dunia bukan suatu dakwaan kecil,

sebaliknya ia merupakan cabaran yang amat besar kepada SPRM.

Sehubungan itu katanya, Yayasan Anti Rasuah Pulau Pinang yakin SPRM mempunyai kepakaran dalam menjalankan siasatan terhadap dakwaan tersebut.

Maka itu ujar beliau, SPRM yang diterajui oleh Latheefa harus diberi ruang dan kepercayaan yang secukupnya bagi mengemudi dan menjalankan siasatan tanpa adanya persepsi negatif serta prejudis dari mana-mana pihak.

Pada Sabtu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan iasatan terhadap dakwaan rasuah melibatkan syarikat pembuat kapal terbang Airbus dan dua eksekutif AirAsia telah dimulakan.

Ketua pesuruhjayanya Latheefa Koya berkata antara tindakan yang telah diambil ialah menghubungi pihak berkuasa di United Kingdom (UK) berkenaan perkara itu.

 

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Darurat demi kedudukan Muhyiddin tapi rakyat tambah derita

Tidak perlu tunggu darurat berakhir, Anwar tiada halangan menghadap Agong

Bodek Menteri Pertanian ucap hari jadi, penjawat awam dianggap tiada kerja musim Covid-19

Terkini

Siapa taja serangan terhadap Zahid dalam Umno?

14 meninggal dan 3,631 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini

Bagaimana dunia Islam hadapi Covid-19

PKP seluruh negara, kecuali Sarawak, mulai 22 Januari

Lagi Menteri disahkan positif Covid-19

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production