Malaysia Dateline

Pennsylvania dan kesan kepada pilihan raya Presiden Amerika

Pennsylvania adalah negeri yang dinantikan keputusannya dalam pilihanraya Presiden AS. Dari sudut kecenderungan politik, sejak 1988 Pennsylvania sentiasa berpihak kepada calon dari parti Demokrat, kecuali pada tahun 2016 di mana Trump dari parti Republikan menang di negeri ini.

Setakat ini Trump masih mendahului di negeri itu dengan kelebihan sekitar 260 ribu undi setelah 6 juta undi dikira. Ada sekitar 700 ribu undi lagi yg belum dikira.

Kebanyakan undi yang belum dikira ini dijangka akan memberi kemenangan besar kepada Biden kerana ianya adalah undi yang dibuat secara ‘bersurat’ (mail-in-ballots) dari daerah-daerah yang dikenalpasti penyokong tegar parti Demokrat.

Trump dalam kempennya menggesa supaya undi bersurat ini dihapuskan. Jadi, sebahagian besar undi bersurat adalah dari penyokong Biden.

Di Wisconsin dan Michigan, keadaan yang sama berlaku. Undi bersurat dikira hanya setelah undi biasa habis dikira.

Pada permulaannya, Trump mendahului agak selesa. Tetapi sebaik sahaja undi bersurat dikira, Biden akhirnya menang tipis di kedua-dua negeri ini.

Adakah perkara yang sama akan berlaku di Pennsylvania? Pegawai piliharaya di Pennsylvania menyebut undi bersurat ini hanya akan selesai dikira pada hari Jumaat nanti.

Trump pula mahu Mahkamah Agung AS menghentikan pengiraan undi bersurat kerana baginya ia tidak sah.


Penulis adalah aktivis politik yang pernah belajar di Amerika Syarikat.