Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Penstrukturan semula  aset TH: Jangan ada pihak polemik, tohmah usaha kerajaan

Penstrukturan semula aset TH: Jangan ada pihak polemik, tohmah usaha kerajaan

MALAYSIADATELINEFebruary 21, 2020 10:00 am




Semua pihak diseru agar tidak mempolemik dan menjadikan usaha penstrukturan semula aset Lembaga Tabung Haji (TH) sebagai bahan tohmahan, kata Muhammad Faiz Fadzil.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir itu berkata, Kerajaan PH sedang bertungkus lumus memastikan kelangsungan operasi TH secara telus dan bersih.

Katanya, penting untuk diperjelaskan perkara sebenar tentang penstrukturan aset TH memandangkan ada pihak yang menyebarkan fitnah kononnya aset TH seperti ladang dan hotel telah diseleweng.

“Ini adalah tidak benar sama sekali. Penstrukturan aset-aset TH dibuat secara telus dan transparensi tanpa ada unsur salah guna kuasa dan korupsi.

“Sama seperti FGV Holdings Berhad yang mana operasinya telah bertambah baik selepas inisiatif Kerajaan PH, saya percaya TH juga akan kembali mencapai kedudukan kewangan yang lebih kukuh untuk kepentingan orang Melayu Islam,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Muhammad Faiz Fadzil

Kata Muhammad Faiz lagi,Sebuah entiti khas yang diwujudkan oleh kerajaan iaitu Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB), telah mengambil alih aset-aset yang bernilai RM9.63 bilion daripada TH, tetapi dengan bayaran yang jauh lebih tinggi iaitu RM19.9 bilion.

Menerusi penstrukturan aset ini, ujarnya, Kerajaan telah menyuntik tambahan dana sebanyak RM10.3 bilion ke dalam TH untuk mengelakkan kegagalan institusi Islam ini dan melindungi simpanan orang Melayu Islam.

“TH telah mencatatkan keuntungan RM1.3 bilion dalam tempoh 9 bulan pertama 2019. Ini akan memastikan kadar hibah pendeposit dapat dinaikkan pada masa akan datang.

“Adalah penting untuk aset ini dibayar dengan harga lebih tinggi. Perbezaan nilai aset diambil alih dan nilai yang dibayar oleh UJSB (RM19.9 bilion – RM9.63 bilion) adalah RM10.3 bilion.

“Jumlah RM10.3 bilion ini adalah dana yang diberikan oleh Kerajaan kepada TH untuk menutup kerugian TH sebanyak RM10.2 bilion.

” Kerugian ini ditanggung oleh TH ekoran kegagalan aktiviti pelaburannya di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN). Malahan, penjualan aset TH juga pernah berlaku di zaman BN,” ujarnya.

Aset-aset yang dipindahkan ke UJSB melibatkan pegangan saham dalam 106 syarikat yang disenaraikan, 29 hartanahdan 1 aset perladangan yang tidak disenaraikan.

Bayaran RM19.9 bilion untuk aset-aset TH dilangsaikan menerusi sukuk RM19.6 bilion dan tunai RM300 juta. Oleh disebabkan UJSB dimiliki oleh Kementerian Kewangan, maka sukuk RM19.6 bilion itu telah menjadi “liabiliti dijamin” oleh Kerajaan.

Katanya lagi, masalah kewangan TH telah bermula di bawah pentadbiran BN dan institusi berkenaan berhadapan risiko kebankrapan. Malah, pada 26 Januari 2016, Bank Negara Malaysia yang ketika itu diketuai oleh Gabenor Tan Sri Dr Zeti Aziz telah memberi amaran kepada TH berhubung kedudukan kewangannya.

“Punca utamanya adalah nilai liabiliti adalah jauh lebih tinggi daripada aset. Pada tahun 2017, jumlah liabiliti TH adalah RM74.4 bilion tetapi jumlah aset hanya RM70.3 bilion. Ini telah dinyatakan oleh agensi audit terkemuka iaitu PricewaterhouseCoopers.

“Hanya selepas Kerajaan PH menjalankan proses penstrukturan, maka masalah yang dihadapi TH telah berjaya diselesaikan. Setakat 30 Jun 2019, jumlah aset TH berjumlah RM74 bilion berbanding liabiliti RM72.2 bilion. Hanya aset bernilai RM9.63 bilion telah diambil alih. Setakat 30 Jun 2019, nilai aset TH berjumlah RM74 bilion, malah lebih tinggi berbanding nilai aset ketika pentadbiran BN pada tahun 2017. Bukan itu sahaja, nilai liabiliti juga telah berkurang.

“Semua aset yang telah dipindahkan ke UJSB, termasuk sebidang tanah di Tun Razak Exchange, samaada aset-aset yang mana nilai semasanya adalah di bawah kos pelaburan asal ataupun aset-aset yang tidak menjana keuntungan atau hanya memberikan margin keuntungan yang terlalu sedikit kepada TH. Ia satu keputusan korporat yang dibuat secara telus dan profesional,” ujarnya.

 

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Terkini

Tindakan kerajaan mahu bunuh kontraktor bumiputera

Hebat Muhyiddin hanya 13 kerusi PN mampu takluk Johor

COVID-19: Kes baharu terus melonjak terkini 4,008 kes

Pakej Permai: Kerajaan patut jadikan kos ujian saringan Covid-19 mampu milik

PN gagal lonjakkan ekonomi negara

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production