Pensyarah UIAM didakwa menipu pelajar

Pensyarah UIAM didakwa menipu pelajar

Sekumpulan pelajar dari UIAM hari ini membuat laporan polis berkenaan dengan isu tawaran program separuh masa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, Bimbingan dan Kaunseling (GUIDE).

Menurut salah seorang pelajar Muhammad Firdaus Norhadi, 32, berkata, pensyarah tersebut telah menjanjikan ijazah sarjana muda yang diikitiraf dan lesen perakuan amalan kaunseling.

Muhammad Firdaus Norhadi, 32,

Namun dalam pada masa yang sama, terdapat kekeliruan apabila ijazah yang bakal mereka perolehi dipastikan tidak diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Lembaga Kaunseling Malaysia(LKM)

“Laporan polis telah dibuat oleh pihak kami dan selama program itu berlangsung kami telah menghabiskan berpuluh ribu ringgit.

“Namun ia menghampakan apabila program tersebut telah pun dikenal pasti tidak mendapat pengiktirafan dari pihak kerajaan.

“Ada yang masuk program ini untuk naik pangkat, mendapatkan kerja dan pelbagai lagi tetapi apa yang pasti kami semua seperti tertipu dengan program yang diwujudkan oleh pihak-pihak tertentu,” ujarnya ketika dihubungi.

Menurut responden lain program tersebut telah dijanjikan oleh Dr Haniza Rais (bekas Ketua Jabatan Psikologi Pendidikan & Kaunseling, Kulliyyah Pendidikan) dengan janji-janji yang membuat pelajar lain terpesona seperti pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Kata Mohd Razip Hamidun, 33, yang merupakan salah seorang pelajar berasa amat kecewa dan terpaksa berkerja lebih masa untuk menampung kerugian yang telah berlaku.

“Saya terpaksa membawa perkara ini ke pihak pengadilan kerana saya tidak mahu perkara ini berlanjutan membawa sengsara kepada orang lain.

“Pensyarah yang terbabit (Haniza) perlu bertanggungjawab di atas apa yang berlaku dan ini telah meruntuhkan nama baik universiti (UIAM) sebagai institusi bertaraf antarabangsa.

“Segala persiapan untuk mendakwa individu itu telah disediakan hanya menunggu masa,” katanya ketika ditemui.

Dalam pada itu mangsa-mangsa yang terbabit memohon agar pihak UIAM dan Kementerian mengambil maklum serta tindakan terhadap kes ini agar perkara sebegini dapat dibendung.

Laporan polis telah dibuat oleh sekumpulan mangsa di Ibu Pejabat Daerah Utara, Balai Polis Skudai Johor.