Malaysia Dateline

Pentadbiran masjid, agensi agama Wilayah Persekutuan di bawah Kementerian Wilayah, kata Khalid

Kementerian Wilayah Persekutuan akan mengawasi pentadbiran masjid dan badan keagamaan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Menterinya Khalid Abdul Samad berkata, kementerian itu akan memberi tumpuan kepada pengurusan aspek pentadbiran entiti-entiti dan mewujudkan dasar kerajaan baharu mengenai Islam.

Manakala menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islamdi Jabatan Perdana Menteri yang diketuai Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa akan memberi tumpuan kepada perumusan dasar yang lebih inklusif dan progresif, lapor portal The Malaysian Insight hari ini.

Khalid berkata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mahu mempromosikan pendekatan kepada Islam di mana umat Islam menghormati dan mempertahankan agama lain.

“Perdana menteri tidak mahu menteri urusan agama terlibat dalam urusan pentadbiran.

“Sebaliknya, beliau mahu menteri hal ehwal agama untuk menentukan dasar keseluruhan, falsafah dan pemahaman Islam untuk negara,” kata Khalid.

Masjid di wilayah persekutuan, pejabat mufti, Jabatan Zakat dan Majlis Hal Ehwal Islam sebelum ini dikendalikan oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) di bawah bidang kuasa Menteri Hal Ehwal Agama di Jabatan Perdana Menteri.

Dilaporkan bahawa dasar kerajaan Pakatan Harapan yang baharu mengenai Islam akan berpecah dari pendekatan keras Barisan Nasional (BN), yang dilihat tidak bertoleransi terhadap agama lain.

“Umat Islam di luar sana tidak boleh berfikir bahawa agama Islam untuk memusnahkan semua agama lain. Mereka perlu menerima hakikat bahawa akan sentiasa ada kepercayaan yang berbeza, “katanya.

Struktur baharu ini akan menyaksikan Menteri Agama akan menyelia agensi-agensi, seperti Institut Kefahaman IslamĀ  Malaysia (Ikim), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dan TV Al-Hijrah.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), yang masih di bawah Jakim, juga dipertimbangkan oleh Kabinet untuk memindahkannya di bawah kementerian Khalid.

“Saya percaya Jawi harus dipindahkan ke kementerian saya. Kami masih membincangkannya tetapi saya percaya isu itu akan diselesaikan tidak lama lagi, ” kata Khalid.

aya. Kami masih membincangkannya tetapi saya percaya isu itu akan diselesaikan tidak lama lagi, “kata Khalid.