Malaysia Dateline

Pentadbiran PH lebih mesra pekilang bumiputera, kata Wan Rahim

Pekilang bumiputera bakal mendapat layanan lebih baik apabila pihak kerajaan Pakatan Harapan (PH) meningkatkan ketelusan dalam berurusan dengan mereka.

“Pihak kerajaan bakal meningkatkan prestasi dengan berurusan terus dengan pihak pekilang dan mengelakkan kewujudan orang tengah.

“Kewujudan pihak ketiga antara kerajaan dan pengeluar merugikan kedua-dua pihak,” kata Pengerusi AMANAH Kelantan, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah ketika mengadakan lawatan ke kawasan perindustrian Pengkalan Chepa..

Beliau yang membuat lawatan ke sebuah kilang pakaian, Nur Abadi Garment Sdn. Bhd.semalam diberi taklimat mengenai operasi syarikat itu oleh pemiliknya, Ariffin Mahmood.

“Tujuan lawatan ini adalah untuk mengenalpasti kilang-kilang yang bersedia untuk mengeluarkan pakaian yang berasaskan material dari tanaman Kenaf,” katanya yang juga Pengerusi Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN).

Ariffin pada taklimatnya sebelum itu berkata kilang miliknya yang beroperasi sejak tahun 2000 telah melalui pelbagai pengalaman sebelum berada di tahap sekarang.

“Berurusan dengan pelanggan memang terpaksa menelan pelbagai kerenah .

“Lebih sukar bila pelanggan kita assuage jabatan kerajaan,” katanya.

Semua yang menjadi pembekal kerajaan katanya, terpaksa berhadapan tiga pihak.

“Pertama ahli-ahli politik yang memiliki kuasa meluluskan bajet.

“Kedua pihak pengurusan yang bertanggungjawab menyediakan segala keperluan teknikal termasuk urusan kewangan.

“Ketiga adalah pihak pengguna (end user) yang merupakan pihak terpenting kerana merekalah penentu menilai sesuatu produk yang dibekalkan,” katanya.

Menurut Ariffin syarikatnya yang merupakan pengeluar pakaian beruniform tidak begitu sukar kerana kurang persaingan.

“Dalam sistem lama ramai pekilang terpaksa menggunakan orang tengah (broker) dalam urusan dengan pihak kerajaan.

“Saya yakin kerajaan baharu PH akan mengubah situasi ini bagi kemudahan para pekilang khususnya di kalangan bumiputera, ” katanya.