Malaysia Dateline

Penternak terjejas banjir di Sepang dapat bantuan dedak

Banjir besar yang melanda sebahagian daerah di Selangor minggu lalu turut menjejaskan golongan penternak.

Menyedari hal tersebut, Pusat Khidmat Rakyat Sepang dan sekumpulan belia mengagihkan bantuan dedak kambing dan lembu kepada penternak yang terbabit.

Ahli Parlimen Sepang berkata, beliau menyedari golongan penternak juga mengalami banyak kerugian akibat bah terburuk menjelang akhir tahun ini.

“Saya sendiri terlepas pandang musibah banjir ke atas nasib para penternak haiwan yang kehilangan haiwan ternakan mereka kerana kekurangan makanan seperti dedak.

“Saya mula sedar apabila para penternak anak muda di Sepang ini mengambil inisiatif bersama team Pusat Khidmat Rakyat Sepang untuk cuba membekalkan dedak kambing dan lembu pada para penternak yang terkesan,” katanya.