Malaysia Dateline

Penting sangat ke tabligh? Anak sedih 40 hari bapa keluar hingga abai nafkah keluarga, lain pula jawapan netizen

Seorang anak meluahkan rasa kecewa apabila sikap bapanya culas menyediakan nafkah buat ahli kelurga sepanjang 40 hari keluar mengikuti tabligh.

Luahan itu diadu kepada seorang pengguna dan dikongsikan buat tatapan umum oleh pemilik akaun @ConfessTweetMY menerusi laman Twitter.

Dalam tangkap layar luahan tersebut, si anak mendedahkan bapanya sering keluar apabila diajak oleh kawan-kawan tabligh selama 40 hari meskipun baru sahaja pulang ke rumah.

“Bapa saya tabligh. Selalu keluar 40 hari tinggalkan kitaorang tanpa nafkah. Kawan-kawan tabligh dia selalu datang rumah ajak keluar 40 hari. Padahal baru saja balik.

“Apabila ditolak, kawan-kawan dia sindirlah tak nak ikut apa semua. Saya geram. Dia tinggalkan kami tanpa nafkah.”luah individu tidak dikenali itu dipetik ohmymedia.

Difahamkan bapa individu terbabit tidak mempunyai sebarang pekerjaan tetap dan segala perbelanjaan ditanggung oleh ibunya.

“Dahlah tak ada kerja tetap. Mak saya pula kena tanggung. Dia bersedap saja keluar 40 hari lari dari tanggungjawab. Penting sangat ke tabligh?”luahnya.

Tindakan tersebut membuatkan dia merasakan bapanya itu seseorang yang mementingkan diri sendiri dalam mengejar amalan kebaikan dan ilmu keagamaan.

Luahan individu itu menerima pelbagai reaksi dalam kalangan warganet di mana ramai meluahkan ketidakpuasan hati sebaik sahaja mendapat tahu kelakuan bapa individu berkenaan yang dilihat cuba melarikan diri daripada tanggungjawab.

Bagaimanapun ramai yang menyifatkan bapa individu terbabit tersalah mengikut kumpulan tabligh

Malah, tidak kurang juga ada yang mengatakan bapanya itu berkemungkinan silap menyertai kumpulan tabligh.

“Aku rasa bapak dia salah pegi tabligh. Rasanya sekarang ni kalau nak keluar 40 hari dia akan ada borang soal selidik dulu. So kau takkan tinggalkan anak bini terkontang kanting. Bapak kau yang jahanam dik. Bukan tabligh,” cipa @HamiziHamzah.

“Tabligh tak betul tu. Ikutkan sangat kawan2 ajak keluar dia pun keluar. 3 hari takpe ni 40 hari beb. Tertib Sri Petaling pun takdelah suruh asyik keluar je.Ikut kemampuan.Syarat utama pun bapak awak tak lepas, siapa tu bagi dia keluar,” ciap @sopiaidi.

Baca juga: Tahniah! Isteri ahli politik dapat kontrak arang batu 15 tahun ke Indonesia, Singapura dan China

Baca juga: Stesen minyak jual diesel untuk penyelewengan digantung operasi