Malaysia Dateline

Penubuhan 8 cawangan di Parlimen Kepala Batas bukti perjuangan AMANAH semakin diyakini

Penubuhan 8 cawangan baru AMANAH di kawasan Kepala Batas membuktikan perjuangan AMANAH semakin mendapat tempat dan keyakinan penduduk setempat.

Ahli Jawatankuasa AMANAH Nasional, Faiz Fadzil ketika merasmikan mesyuarat penubuhan serentak cawangan-cawangan AMANAH dalam kawasan Kepala Batas hari ini berkata, pengaruh AMANAH semakin berkembang di kawasan Kepala Batas bagi meneruskan perjuangan Islam iaitu agama rahmat yang mementingkan pembelaan. kemaslahatan rakyat.

katanya, prinsip progresif, inklusif dan peduli perlu menjadi teras perjuangan ahli AMANAH dalam mengangkat perjuangan rakyat.

Faiz Fadzil menyampaikan sijil kepada salah seorang ahli AMANAH

Malah katanya, ekonomi. negara yang semakin terancam dengan pelbagai amalan rasuah pentadbiran kerajaan hari ini menuntut AMANAH untuk terus berjuang membawa politik nilai dan solusi bagi menyelamatkan negara serta agenda keadilan sosial penting untuk diperjuangkan AMANAH supaya kesejahteraan hidup rakyat terus terbela.

“AMANAH perlu diperkuatkan di peringkat akar umbi agar agenda santuni rakyat di bawah dapat digerakkan bagi mendapat sokongan orang Melayu. Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka telah menunjukkan swntimen orang Melayu yang cenderung kepada Umno-BN.

” Penubuhan lebih banyak cawangan AMANAH penting bagi menarik lebih ramai penyertaan ahli AMANAH yang dapat menyumbang kearah agenda menyantuni masyarakat khususnya orang Melayu,” ujar beliau.

Tambah Faiz, agenda santuni masyarakat bukan hanya sekadar untuk kepentingan politik atau :political mileage’ sebaliknya bagi membantu rakyat yang rata-ratanya semakin susah ekoran kesan ekonomi.

Katanya lagi, masalah ekonomi dan kesihatan rakyat perlu diberikan prioriti dalam agenda membela kebajikan rakyat ketika ini.