Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Penubuhan JK Infrastruktur Telekomunikasi Johor pantau NFCP  di peringkat akhir

Penubuhan JK Infrastruktur Telekomunikasi Johor pantau NFCP di peringkat akhir

BernamaFebruary 10, 2020 7:17 pm




Penubuhan Jawatankuasa Infrastruktur Telekomunikasi Johor yang akan berfungsi memantau pelaksanaan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) di negeri itu kini di peringkat akhir penyediaan, bagi mendapatkan kelulusan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).

Pengerusi Perumahan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Dzulkefly Ahmad berkata sesi perundingan dan mesyuarat bersama semua agensi terlibat, membabitkan kerajaan negeri, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) negeri dan syarikat-syarikat telekomunikasi akan dilakukan, sejurus penubuhan jawatankuasa itu diluluskan.

Beliau berkata kerajaan negeri juga sudah mendapat persetujuan secara dasar daripada Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo untuk melaksanakan NFCP khas, bagi negeri Johor menjelang tahun 2023.

“Jawatankuasa khas ini berada dalam peringkat terakhir penyediaan kertas untuk mendapat kelulusan dan sebaik diluluskan, kita akan mengadakan mesyuarat dan perundingan dengan semua yang berkepentingan dan terlibat dalam industri komunikasi.

“Jika kita (Johor) tidak ada NFCP, maka, Johor akan kehilangan daya saing berbanding negeri lain. Secara dasarnya, menteri bersetuju (NFCP Khas Johor) dan mesyuarat penyelarasan dalam masa terdekat akan adakan bagi mengenal pasti apakah peranan semua pihak berkaitan bagi memastikan NFCP ini dapat dilaksanakan di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas Majlis Amanat 2020 Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia Negeri Johor, di sini, hari ini.

Dzulkefly berkata penubuhan NFCP Johor amat penting untuk merangka dasar-dasar kerajaan berkaitan dengan perkhidmatan telekomunikasi di negeri ini termasuk menjadi pemudah cara di antara kerajaan pusat, kerajaan negeri, syarikat telekomunikasi dan rakyat dalam pelaksanaan NFCP.

“Saya juga tegaskan dalam ucapan saya tadi, pelan ini adalah sangat signifikan kepada negeri Johor untuk mengekalkan status quo sebagai salah satu negeri penyumbang utama kepada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) negara dan keduanya, Johor sebagai penerima pelaburan terus asing (FDI) tertinggi di Malaysia.

“Semoga usaha ini dapat direalisasikan dan membawa satu perubahan besar kepada negeri Johor khususnya dalam produkrtiviti kepada rakyat Johor dan setiap sektor ekonomi yang mereka ceburi sekali gus meningkatkan kualiti kesejahteraan rakyat,” katanya.

— BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Tidak perlu tunggu darurat berakhir, Anwar tiada halangan menghadap Agong

Bodek Menteri Pertanian ucap hari jadi, penjawat awam dianggap tiada kerja musim Covid-19

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

Terkini

Rakyat Kelantan bayar caj parkir lebih mahal daripada Shah Alam

Rakyat biasa dikompaun tapi rombongan Muhyiddin, ahli Bersatu selamba ingkar SOP

Siapa taja serangan terhadap Zahid dalam Umno?

14 meninggal dan 3,631 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini

Bagaimana dunia Islam hadapi Covid-19

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production