Penubuhan J/K Tertinggi Institusi Hal Ehwal Islam peluang PH martabat Islam,kata Awan

Penubuhan J/K Tertinggi Institusi Hal Ehwal Islam peluang PH martabat Islam,kata Awan

Ketua Awan Dr Siti Mariah Mahmud berkata, dengan penubuhan jJawatankuasa Tertinggi Institusi Hal Ehwal Islam peringkat Persekutuan.  akan membolehkan Pakatan Harapan (PH) terus memartabatkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Awan yakin inisiatif mengkaji kedudukan hal ehwal Islam, bidang kuasa serta keberkesanan agensi agama adalah sebahagian daripada proses reformasi sistem dalam mendepani pelbagai isu dan cabaran umat Islam di negara kita.

“Dengan pelantikan Tun Ahmad Sarji sebagai pengerusi yang luas pengalaman sebagai tokoh pentadbir, Awan percaya jawatankuasa ini dapat melaksanakan fungsinya sebaik mungkin,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas mengenai Penubuhan Jawatankuasa Tertinggi Institusi Hal Ehwal Islam peringkat persekutuan oleh Raja-raja Melayu turut dipersetujui dan diluluskan Kabinet, semalam.

Walau bagaimanapun, Awan ujarnya, mengalu-alukan penglibatan tokoh wanita dalam jawatankuasa itu, agar sudut pandang lebih seimbang dan menyeluruh boleh diwujudkan.

“Ini bagi memastikan keberkesanan agensi perundangan dan penghakiman syariah di peringkat persekutuan ditambahbaik, khususnya dalam hal-hal berkaitan wanita dan keluarga.

“Bagi menyuburkan budaya dialog atas semangat litaarafu (agar saling mengenali), Awan menyeru jawatankuasa ini menghidupkan semula dialog ketamadunan.

“Dialog ini boleh dijayakan dengan paduan tenaga pelbagai tokoh tersohor termasuklah Timbalan Pengerusi sendiri, Dr Afifi al-Akiti.

“Beliau sendiri mempunyai latar belakang pendidikan tradisional hingga ke Oxford,” ujarnya.

Adun Sri Serdang itu yaki iltizam ini membuktikan kerajaan PH serius melakukan reformasi sistem dalam negara dan ini wajar disambut baik oleh semua.

Terdahulu, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad dalam satu kenyataan pada Isnin, berkata penubuhan jawatankuasa melibatkan lima anggota itu antara lain bertujuan menambah baik institusi Islam di peringkat persekutuan.

Dipengerusikan Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dan Orang Kaya-kaya Imam Paduka Tuan (Perak) Datuk Dr Afifi al-Akiti sebagai timbalan, jawatankuasa itu turut dianggotai tiga tokoh lain iaitu Prof Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan, Datuk Nooh Gadot dan Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

 

9.0
OVERALL SCORE
: 9.0
Have no any user vote