Penunggang Grab tinggal KFC depan pusat beli-belah, pelanggan berang pesanan dicuri

Oleh KIM SYAZIE

Seorang pelanggan meluahkan rasa kecewanya setelah penunggang Grab bertindak meninggalkan pesanannya di depan pusat beli-belah.

Pelanggan tersebut berkata, dia menggunakan servis penghantaran itu untuk memesan makanan di Kentucky Fried Chicken (KFC).

Setelah sampai di lokasi yang ditetapkan, penunggang Grab hanya menghantar gambar kepadanya sebagai bukti penghantaran.

Tanpa menunggu pelanggan sampai, penunggang Grab itu hanya meninggalkan makanan itu di depan tempat tumpuan ramai itu.

Menurut media Singapura, kejadian tersebut berlaku di sebuah pusat beli belah terkemuka di negara itu, Bukit Timah Shopping Centre.

“Tolong latih penghantar makanan untuk tidak meletakkan pesanan merata-rata. Ini bukan pintu masuk rumah, pesanan saya diletakkan di luar pusat beli belah.

“Setibanya di lokasi, makanan sudah tiada,” katanya yang turut berharap penghantar makanan itu menerima balasannya suatu hari nanti.

Rata-rata pengguna media sosial berpendapat kejadian tersebut boleh dielakkan sekiranya pelanggan itu sampai lebih awal dan menunggu penunggang untuk sampai ke lokasi.

Namun begitu, penunggang Grab tidak sepatutnya melepaskan tanggungjawabnya dengan meninggalkan pesanan itu.

“Mengambil gambar makanan tidak bermakna ia diserahkan kepada pelanggan. Syarikat perlu menyiasat dan memberi nasihat kepada penghantar itu,” kata seorang pengguna.

Baca juga: Asyik main permainan video, anak marah bapa rampas telefon