Malaysia Dateline

Penunggang motosikal di Pulai Sebatang dapat petrol percuma

Seramai 140 penunggang motosikal di DUN Pulai Sebatang hari ini menerima petrol percuma melalui program anjuran Pemuda AMANAH Pontian.

Program tersebut berlangsung di Petronas Bandar Pontian selama dua jam bermula pukul 9 pagi, kata calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulai Sebatang, Suhaizan Kaiat ketika dihubungi Malaysia Dateline.

Menurutnya, program isi minyak percuma itu bertujuan meringankan beban rakyat yang pada masa ini berdepan kenaikan kos sara hidup.

Beliau juga memberitahu program tersebut akan diteruskan pada masa akan datang.

“Alhamdulillah, hari ini dengan kerjasama Pemuda AMANAH Pontian dapat menganjurkan Program Isi Minyak Percuma untuk penunggang motosikal di DUN Pulai Sebatang,” katanya menerusi hantaran di Facebook sebentar tadi.

Suhaizan Kaiat penunggang motosikal Pulai Sebatang Pilihan Raya Negeri Johor
Penunggang motosikal di Pulai Sebatang gembira diberi petrol percuma.