Malaysia Dateline

Penuntut UIAM tuntut buka pagar kampus

Demonstrasi menuntut pagar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dibuka segera berlangsung semalam gara-gara tidak berpuas hati dengan peraturan ketat kampus di Gombak itu.

Sekumpulan penuntut dengan sebahagiannya terdiri daripada warganegara asing berkumpul secara aman di pagar universiti itu dengan ada yang turut membawa kertas tertera #OpenTheGate.

Difahamkan, pelajar terbabit tidak berpuas hati dengan pihak pengurusan universiti yang mengenakan kawalan ketat terhadap pergerakan mereka.

Penuntut terbabit mendakwa sudah terkurung di kampus itu sejak tiga bulan lalu.

Sumber memberitahu tiada penambahbaikan untuk mengubah prosedur operasi standard (SOP) mengikut norma baharu yang lebih mesra pelajar.

Mereka memahami kepentingan SOP dalam memutuskan rantaian jangkitan pandemik Covid-19.

Walau bagaimanapun, pelajar terbabit menuntut agar pentadbiran universiti mempunyai timbang rasa dalam pergerakan keluar masuk kampus agar urusan seharian mereka tidak terjejas.

Peserta demonstrasi aman itu kemudiannya bersurai sejurus kehadiran pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

LANJUT MENYUSUL