Penutup botol kaca susah sangat nak buka? Ikuti tip ini, tak perlu guna air panas!

Oleh MAISARAH AISYA

Mesti ramai yang beli sos segera untuk dimakan dengan spageti dan kebanyakan ia datang dalam balang kaca dengan penutup kedap udara.

Biasalah masa nak buka penutup tu mesti tangan basah atau berminyak sedikit jadi ia akan menyukarkan proses tersebut.

Selalunya kaum lelaki yang akan jadi penyelamat tapi kalau dah terdesak pastinya akan mencuba pelbagai cara.

Ada yang guna air panas untuk senangkan proses untuk buka penutup tapi rasa macam renyah pula nak panaskan air dulu.

Ini tip mudah yang dikongsikan pengguna TikTok, mrichib tentang cara membuka penutup botol kedap udara dengan hanya menggunakan pisau mentega.

“Korang boleh cuba cara ni kalau susah sangat nak buka penutup botol yang kedap udara. Yang dah tahu tu bagus tapi kalau belum tahu boleh cuba cara ni,” ujarnya di ruang kapsyen.

@mrichib

Korang boleh cuba cara ni kalau susah sangat nak buka botol yg kedap udara. Yang dah tau tu bagus yg belum tau boleh cuba cara ni. @mrichib @mrichib @mrichib #kitchenhacks #pastasauce #dapurhack #bolehcuba #pregosauce #pregomalaysia #mrichib #lifehacks #fyp #fypシ #fypシ゚viral

♬ Aesthetic – Tollan Kim

Tip buka penutup botol kedap udara

Cara-cara:

  1. Pastikan ada pisau mentega, kalau tiada boleh guna sudu.
  2. Masukkan hujung pisau tersebut ke bawah penutup botol
  3. Kemudian gunakan kaedah mencungkil dengan pisau tersebut dan pusing sekeliling penutup botol hingga ada bunyi ‘pop’.
  4. Lepas tu senang nak buka penutup botol, tak perlu nak guna segala tenaga untuk cuba membuka ia.

Baca juga: Wanita mengigil bayar kos baiki stereng Viva, ‘diketuk’ bengkel lebih RM6000! – “Boleh beli kereta sebiji!”