Penyair atau Ahmad Zahid yang tidak berpijak di bumi?

 

Tanggapan negatif sebilangan masyarakat  merupakan cabaran kepada penggiat seni dan sastera tanah air selain kecenderungan  ahli politik perlekeh sumbangan komuniti penyair, kata Presiden Seniman Paksi Rakyat (Paksi), Che Shamsuddin Othman.

 Penyair Dinsman

Tanggapan negatif sebilangan masyarakat  merupakan cabaran kepada penggiat seni dan sastera tanah air selain kecenderungan  ahli politik perlekeh sumbangan komuniti penyair, kata Presiden Seniman Paksi Rakyat (Paksi), Che Shamsuddin Othman.

“Penyair yang khayal dan dikatakan tenggelam dalam kepompongnya ialah mereka yang asyik berpuisi tentang keindahan alam, hujan, ombak, bulan atau tentang cinta dan rindu.

“Karya mereka tidak mencerminkan gejolak resah masyarakatnya,” katanya yang dikenali dengan nama pena, Dinsman kepada Malaysia Dateline.

Dinsman mengulas kenyataan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi perlunya penggiat seni menghasilkan karya yang relevan dan berpijak di alam nyata, Dinsman mengalu-alukan saranan Timbalan Perdana Menteri itu.

“Baguslah kenyataan Zahid tu. Penyair-penyair yang tidak berpijak di bumi itu tak peduli harga barang naik, pemimpin ‘kencing rakyat’ pun tak hirau.

“Jadi, mana-mana penyair yang tak pijak bumi tu, pijaklah. Penyair-penyair Paksi memang pijak bumi pun,” ujarnya lagi secara sinis.

Justeru tegas Dinsman lagi, penyair yang tidak mengambil tahu realiti di sekitarnya merupakan golongan penggiat seni budaya yang tidak relevan dengan masyarakat bahkan selari dengan hasrat kerajaan.

Zahid ketika berucap pada majlis penutupan Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa (Pulara) Pangkor ke-6 di Arena Pulau Pangkor, 5 Disember lalu turut mendakwa generasi Y dan generasi X tidak lagi menyukai puisi sebagai seni sebaliknya hanya meminati puisi jika relevan dengan situasi semasa.

Sementara itu, penulis sepenuh masa, Raja Yusoff Ariffin berkata, pelbagai label akan dilontarkan kepada mana-mana penyair yang menghasilkan karya berkaitan dengan realiti seperti ditekankan oleh Naib Presiden Umno itu.

Penyair Rayusa“Sebenarnya Zahid yang tidak berpijak di bumi nyata. Dia tidak sedar ada penulis termasuk kami di Paksi yang telah berpijak di bumi nyata dengan menegur kepincangan kepimpinan dan kebobrokan politik tidak terkecuali Umno-BN.

“Masalahnya, mulalah ada yang cop penulis itu pembangkang, penyair itu pengkhianat, kufur nikmat, tak berterima kasih kepada kerajaan,” kata pengarang kumpulan puisi, “Belum Selesai” terbitan Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) ini yang juga dikenali sebagai Rayusa.

Mengulas lanjut, Umno-BN, katanya lagi, memang akan berkubur jika majoriti penulis dan penyair serta jutaan rakyat pelbagai latar belakang sosio-ekonomi berpijak di bumi nyata dengan melahirkan karya atau bersuara di semua saluran media.

 

TAGS