Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Penyakit tidak berjangkit di Malaysia berada pada tahap membimbangkan

Penyakit tidak berjangkit di Malaysia berada pada tahap membimbangkan

Oleh BERNAMAJuly 6, 2019 3:49 pm




Penyakit Tidak Berjangkit atau lebih dikenali sebagai NCD di Malaysia berada pada tahap membimbangkan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata berdasarkan statistik Kajian Morbiditi Kesihatan Kebangsaan yang dijalankan Kementerian Kesihatan setiap lima tahun, peratus dewasa yang mengalami diabetes meningkat dari 8.3 peratus pada tahun 1996 kepada 17.5 peratus pada 2015.

Katanya peratus dewasa yang mengidap hipertensi pula kekal di sekitar 30 peratus dalam tempoh tersebut (1996-2015).

“Merokok dan obesiti merupakan antara faktor utama bagi kedua-dua penyakit ini.

“Justeru Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berusaha untuk memerangi peningkatan jumlah NCD di kalangan masyarakat antaranya menggabungkan program-program pengupayaan komuniti dari aspek kesihatan yang dilaksanakan KKM seperti Komuniti Sihat Pembina Negara dan Komunikasi untuk Kesan Tingkah Behaviourial Impact termasuk program PeKa: B40 yang menjalankan saringan-saringan awal kepada penyakit-penyakit NCD,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas program Kampungku Sihat Peringkat Parlimen Port Dickson di sini, hari ini.

Turut hadir, Anggota Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S Veerapan.

Tambahnya punca kematian rakyat negara ini sebelum ‘tempoh pramatang’ (purata 75 tahun) juga disebabkan NCD.

Justeru Dr Dzulkefly menyarankan agar orang ramai dapat membudayakan penjagaan kesihatan diri melalui pelaksanaan saringan kesihatan asas secara sukarela selain mengamalkan kehidupan yang sihat dan mengelakkan tabiat merokok.

Program Kampungku Sihat merupakan inisiatif Kementerian Kesihatan dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat bagi mencegah peningkatan penyakit tidak berjangkit atau NCD.

Inisiatif ini dilakukan bagi meningkatkan kesedaran orang ramai berkaitan faktor risiko bahaya NCD yang masih rendah dan membimbangkan.

—BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Terkini

Awas, usaha nak tanam kebencian tu

Kenyataan Hadi sahkan kerajaan hari ini tidak ada majoriti

‘Umno Sdn Bhd’ lawan ‘penjual Umno kepada diktator’

PENDAPAT: Bila Parlimen ditutup, ‘parlimen rakyat’ yang ambil alih

Krisis pendidikan negara semakin memuncak

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production