Malaysia Dateline

Penyamun berVellfire

Di Jepun, negara asal Toyota Alphard dan Vellfire, van penumpang mewah ini dikatakan kegemaran anggota kongsi gelap Jepun, Yakuza.

Di Hong Kong ia disukai oleh anggota kongsi gelap “triad” kerana kemewahan dan ukurannya. Di Malaysia ia adalah kenderaan idaman mesti dimiliki para YB.

Velfire kini menjadi kegemaran pemimpin politik dan juga penyamun. -GAMBAR HIASAN.

Semalam, 13 Oktober ini dilaporkan seorang yang disyaki penyamun telah ditangkap. Dia menggunakan kenderaan jenis Vellfire untuk melakukan tiga perbuatan samun di sekitar Selayang Rabu dan Khamis lalu.

Walaupun penyamun berVellfire itu telah ditangkap, tapi berhati-hatilah apabila dihampiri van Alphard atau Vellfire sebab takut-takut bukan YB di dalamnya tetapi penjenayah.

Ketua Polis Daerah Gombak, Zainal Mohamed Mohamed dipetik oleh Bernama sebagai berkata, lelaki berusia 40-an itu ditahan di sebuah rumah di Kajang, kira-kira 12 tengah malam Sabtu.

Dengan penahanan itu polis percaya telah turut menyelesaikan enam kes samun di sekitar Gombak, Kajang dan Cheras.