Malaysia Dateline

Penyanyi ‘Amboi’ bakal diumum masuk PKR malam ini

Penyanyi lagu ‘Amboi’, Altimet bakal diumum menyertai PKR dalam acara Temu Anwar di Hotel Flamingo, di Ampang malam ini.

Altimet atau nama sebenarnya Ahmad Abdul Rahman, 43, dikenali dengan lagu-lagu yang rancak dan lirik berunsurkan sindiran dan nasihat.

Walau bagaimanapun, beliau semalam dilapor masih mahu berteka-teki berkaitan spekulasi penyertaannya dalam parti diterajui Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

Selain penyanyi rap berkenaan, majlis itu juga akan menampilkan pelakon dan pengacara, Datuk Afdlin Shauki dan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.

Afdlin sebelum ini berkata, kemasukannya dalam PKR kerana parti tersebut menawarkan ruang dan kedudukan untuk beliau berkongsi aspirasinya dalam kerja-kerja kemanusiaan.

Altimet (depan) dan rakan-rakan.