Malaysia Dateline

Penyanyi era 70-an Dahlan Zainuddin meninggal dunia

Penyanyi popular era 1970-an Mohd Dahlan Zainuddin meninggal dunia di Hospital Selayang pukul 9.48 malam tadi, lapor Astro Awani.

Laporan itu turut memaklumkan bahawa Allahyarham akan dikebumikan selepas Zohor di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Dua hari lalu, Allahyarham yang berumur 78 tahun dimasukkan ke hospital ekoran serangan angin ahmar.

Sekitar empat tahun lalu, penyanyi yang terkenal dengan lagu Kisah Seorang Biduan itu diserang strok kali pertama mengakibatkan lumpuh sebelah kiri.

Berita sedih itu disahkan oleh isterinya, Datin Effa Rizan kepada rakan media malam ini.

Jenazah dimaklumkan akan dibawa ke Masjid Bangsar untuk dimandikan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara selepas solat Zohor.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri penyanyi Effa Rizan dan tiga orang cahaya mata.

Antara lagu popular Allahyarham Dahlan adalah Kisah Seorang Biduan yang sehingga kini menjadi siulan.